Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OnePlus 9 – Peranti Flagship OnePlus dengan sistem kamera Hasselblad

ULASAN : OnePlus 9 - Peranti Flagship OnePlus dengan sistem kamera Hasselblad 1

oneplus 9 malaysia

Pengenalan

Syarikat perintis peranti flagship killer iaitu OnePlus telah melancarkan generasi baharu telefon pintar flagship mereka bagi tahun 2021 iaitu OnePlus 9 Series 5G.

OnePlus 9 5G dan OnePlus 9 Pro 5G adalah dua telefon pintar yang akan membawa persaingan syarikat ini didalam pasaran telefon pintar flagship.

Selain itu, OnePlus 9 Series juga telah menyaksikan OnePlus telah menjalinkan kerjasama bernilai $150 juta dengan pengeluar kamera ikonik Hasselblad yang membawakan sistem kamera Hasselblad for Mobile.

Jika anda tidak tahu apa-apa tentang Hasselblad, ianya adalah sebuah syarikat fotografi yang berpangkalan di Gothenburg, Sweden dan terkenal kerana kamera Haseelblad telah digunakan semasa misi program Apollo apabila manusia pertama mendarat di Bulan.

Hampir kesemua gambar yang diambil semasa misi ini menggunakan kamera Hasselblad yang diubahsuai.

Kerjasama selama 3 tahun ini dijangka akan meningkatkan kebolehan kamera telefon pintar OnePlus kepada tahap yang terbaik dipasaran bermula dengan OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro.

Dalam pada itu, OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro telah dilancarkan di Malaysia pada 17 Mei yang lalu iaitu pada harga RM 3,699 dan RM 4,299 (fan special bundle).

OnePlus Malaysia telah menghantar unit reviu OnePlus 9 dan OnePlus Watch kepada kami dan berikut adalah ulasan OnePlus 9.

Ulasan OnePlus Watch boleh dibaca di > ULASAN : OnePlus Watch – Skrin paparan AMOLED dan Bateri terbaik pada harga RM 699 sahaja

ULASAN : OnePlus 9 - Peranti Flagship OnePlus dengan sistem kamera Hasselblad 2

Reka Bentuk

OnePlus 9 hadir dengan reka bentuk yang hampir sama seperti OnePlus 8T dengan perbezaan ketara adalah pada bahagian belakang yang menempatkan modul kamera Hasselblad.

Selain itu, pada bahagian hadapan pula, OnePlus 9 mempunyai 100% persamaan dengan OnePlus 8T dan ianya turut menggunakan skrin paparan yang sama dengan lubang hole-punch pada bahagian kiri skrin.

ULASAN : OnePlus 9 - Peranti Flagship OnePlus dengan sistem kamera Hasselblad 3

Bercakap mengenai rangka yang menempatkan semua komponen OnePlus 9 ini, ianya diperbuat daripada plastik polimer yang dikukuhkan menggunakan fibreglass dan namun panel hadapan dan belakang telefon pintar ini juga mempunyai lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

ULASAN : OnePlus 9 - Peranti Flagship OnePlus dengan sistem kamera Hasselblad 4

Selain itu, susunan butang pada OnePlus 9 adalah hampir sama seperti pada OnePlus 8T namun butang suara telefon pintar ini sedikit kebawah berbanding pada generasi sebelum ini.

ULASAN : OnePlus 9 - Peranti Flagship OnePlus dengan sistem kamera Hasselblad 4

Pada bahagian kanan pula terdapat butang kuasa dan butang alert slider yang sudah sinonim dengan telefon pintar OnePlus.

ULASAN : OnePlus 9 - Peranti Flagship OnePlus dengan sistem kamera Hasselblad 6

Dalam pada itu, bahagian bawah pula menempatkan slot USB-c, slot SIM dan gril pembesar suara.

ULASAN : OnePlus 9 - Peranti Flagship OnePlus dengan sistem kamera Hasselblad 7

Bahagian belakang OnePlus 9 ini hadir dengan reka bentuk yang lebih ringkas dan kamera ini juga mempunyai penjenamaan Hasselblad.

ULASAN : OnePlus 9 - Peranti Flagship OnePlus dengan sistem kamera Hasselblad 8

OnePlus 9 ditawarkan didalam tiga warna menarik iaitu Winter Mist, Arctic Sky dan Astral Black.

Menutup bahagian reka bentuk ini adalah dengan ukuran dimensi telefon pintar ini iaitu 160.0×73.9×8.1mm manakala berat adalah 183g.

ULASAN : OnePlus 9 - Peranti Flagship OnePlus dengan sistem kamera Hasselblad 9

Skrin Paparan

OnePlus 9 hadir dengan skrin paparan 120Hz Fluid AMOLED berukuran 6.55-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dengan fungsi Always On Display dan juga telah menerima pengiktirafan DisplayMate A+.

Panel skrin ini adalah panel skrin yang sama seperti yang digunakan pada OnePlus 8T namun telah kadar ketepatan warna dan kecerahan yang lebih baik.

Secara keseluruhanya kami amat berpuas hati dengan prestasi skrin paparan OnePlus 9 ini khususnya untuk tontonan multimedia dan gaming.

Selain itu, OnePlus 9 juga hadir dengan sensor capjari terbina dalam skrin namun ianya diposidi betul hampir pada bahagian bawah skrin yang sedikit menyukarkan untuk pembukaan jika telefon pintar tidak dipegang pada tempat yang betul.

Walaubagaimanapun, prestasi sensor capjari ini adalah sangat baik tanpa sebarang masalah.

Skrin paparan OnePlus 9 ini juga mempunyai lubang punch-hole disebelah kiri yang menempatkan kamera selfie 16MP Sony IMX471 dengan aperture f/2.4.

Akhir sekali, panel skrin ini juga mempunyai kepadatan piksel 402ppi dan juga menyokong kandungan HDR.

ULASAN : OnePlus 9 - Peranti Flagship OnePlus dengan sistem kamera Hasselblad 10

Pemproses

Sebagai sebuah telefon pintar flagship, OnePlus 9  hadir dengan cip pemprosesan terbaik dipasaran iaitu Snapdragon 888.

Pemproses Snapdragon 888 pada OnePlus 9 juga dipadankan antarmuka OxygenOS 11 yang berasaskan Android 11.

OxygenOS 11 telah dibangunkan bersama-sama komuniti OnePlus yang besar dan salah satu ciri baharu yang menarik adalah optimasi memori Turbo Boost 3.0.

Turbo Boost 3.0 membolehkan 25% lebih banyak aplikasi beroperasi pada latar belakang dan peningkatan ini dicapai melalui dua kaedah iaitu RAM comprehension yang menjadikan data didalam RAM lebih kecil serta Virtual RAM yang mengubah sebahagian daripada storan dalaman sebagai RAM sementara.

Selain itu, bagi pasaran Malaysia OnePlus 9 ditawarkan didalam satu varian sahaja iaitu 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Jenis RAM yang digunakan pada OnePlus 9 ini adalah LPDRR5 manakala storan dalaman adalah jenis UFS 3.1 yang mana kedua-dua ini memberikan anda prestasi RAM dan ROM yang terbaik dan pantas.

Selain itu, OnePlus 9 juga hadir dengan sistem penyejukan Cool Play yang terdiri daripada lapisan kepingan grafit yang lebih tebal, kerajang tembaga dan ruang wap yang lebih besar yang membantu mengalihkan haba yang dihasilkan ketika gaming ke bahagian bingkai di mana ia dapat dikeluarkan sepenuhnya dari peranti.

Penggunaan harian OnePlus 9 adalah sangat baik dan konsisten tanpa sebarang masalah dan OxygenOS masih mengekalkan reputasinya sebagai antara UI Android terbaik selepas stock Android.

ULASAN : OnePlus 9 - Peranti Flagship OnePlus dengan sistem kamera Hasselblad 11

Kamera

OnePlus 9 hadir dengan sistem tri-kamera yang menampilkan dua sensor utama dan satu sensor monokrom.

Sensor utama OnePlus 9 adalah sensor yang sama seperti pada OnePlus 8 Pro iaitu Sony IMX689 48MP dengan aperture f/1.8.

Sensor ultrawide pada OnePlus 9 pula adalah yang sama seperti pada OnePlus 9 Pro iaitu sensor 50MP Sony IMX766 yang mempunyai aperture f/2.2 dengan lensa 7P. Sensor ultrawide ini juga berfungsi sebagai kamera makro untuk gambar jarak dekat.

ULASAN : OnePlus 9 - Peranti Flagship OnePlus dengan sistem kamera Hasselblad 12

Sensor ketiga yang disertakan pada OnePlus 9 adalah sensor monokrom yang berfungsi sebagai pelengkap kepada sensor utama.

Sistem kamera OnePlus 9 tidak mempunyai OIS yang bermaksud pengstabilan bagi gambar dan video dilakukan secara digital sahaja.

Walaubagaimanapun, salah satu penambahan terbesar pada telefon pintar flagship OnePlus adalah sistem kamera Hasselblad.

Jurutera daripada Hasselblad telah menggunapakai teknologi kalibrasi warna semulajadi yang telah disesuaikan bagi OnePlus 9.

Beralih kepada kamera selfie, OnePlus 9 hadir dengan sensor kamera 16MP Sony IMX471 yang telah digunakan sebagai kamera selfie sejak OnePlus 7 Pro.

Hasil gambar daripada OnePlus 9 adalah sangat baik dengan jumlah kecerahan gambar juga amat seimbang dan setiap gambar yang diambil dilihat mempunyai ketelitian yang baik.

ULASAN : OnePlus 9 - Peranti Flagship OnePlus dengan sistem kamera Hasselblad 13

Bateri

OnePlus 9 hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh iaitu penggunaan dua sel bateri berkapasiti 2,250mAh setiap satu.

OnePlus 9 juga hadir dengan teknologi pengecasan Warp Charge 65T yang turut ditawarkan pada OnePlus 9 Pro.

Ianya menawarkan anda pengecasan dari tahap 0-100% didalam masa 30 minit sahaja.

Walaupun dipasarkan sebagai sebuah flagship, OnePlus 9 tidak menawarkan sokongan pengecasan tanpa wayar namun berdasarkan maklumat daripada syarikat ini, OnePlus 9 hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar bagi pasaran Amerika Utama dan Eropah sahaja.

ULASAN : OnePlus 9 - Peranti Flagship OnePlus dengan sistem kamera Hasselblad 14

Penutup

Kehebatan OnePlus 9 sebagai sebuah telefon pintar flagship nampaknya akan diukur dengan teknologi kamera yang ditawarkan pada telefon pintar ini.

Dengan kerjasama baharu dengan Hasselblad, sudah terbukti bahawa OnePlus mahu membaiki kualiti dan teknologi kamera telefon pintar ini ke tahap yang lebih baik.

Pada pendapat kami, kerjasama OnePlus dan Hasselblad pada OnePlus 9 adalah permulaan yang baik namun masih terdapat banyak aspek yang perlu dibaiki jika mahu menjadikan teknologi kamera pada OnePlus setaraf yang terbaik dipasaran.

OnePlus 9 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,699 dan anda boleh mendapatkanya di stor rasmi OnePlus di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.