Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P50 Series mungkin dilancarkan pada 27 Julai 2021


Telefon pintar flagship HUAWEI iaitu HUAWEI P50 Series dilaporkan akan dilancarkan pada 29 Julai 2021.

Menurut satu sumber di Weibo, tarikh ini telah didedahkan dengan mengubah kod binari 1011011001  ke 729 yang memberikan kita tarikh 29 Julai.

Selain itu, HUAWEI P50 Series dijangka akan terdiri daripada tiga model iaitu P50, P50 Pro dan P50 Pro+.

Selain itu, sumber lain dari negara tembok besar ini juga mendakwa bahawa disebabkan kekurangan bekalan cipset, HUAWEI mungkin akan memperkenalkan telefon pintar P50 Series dengan sokongan 4G sahaja iaitu dengan cip Kirin 9000 namun kami masih yakin bahawa HUAWEI P50 Pro dan HUAWEI P50 Pro+ akan hadir dengan sokongan 5G.

Selain itu, HUAWEI P50 Series juga dikatakan akan menampilkan sensor ultrawide 1/1.18-inci yang merupakan sensor ultrawide terbesar pernah digunakan pada telefon pintar.

Akhir sekali, HUAWEI P50 Series juga akan tampil dengan skrin paparan OLED yang melengkung pada kesemua model namun pada P50 Pro dan P50 Pro+ akan hadir dengan panel melengkung “waterfall”.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.