Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple dilaporkan telah menghentikan pengeluaran iPhone 12 Mini


Ianya bukan lah sesuatu yang mengejutkan apabila kami mengatakan penjualan iPhone 12 Mini adalah yang paling rendah daripada kesemua model iPhone dipasaran.

Kini, TrendForce telah melaporkan bahawa pengeluaran iPhone 12 Mini telah dihentikan dan ianya akan dijual sehingga stok masih ada sahaja.


Apple iPhone 12 mini merupakan model iPhone yang paling murah didalam keluarga iPhone 12 iaitu pada harga dari RM 3,399 sahaja dan ianya juga hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar 5G paling kecil, nipis dan ringan dipasaran.

Walaubagaimanapun, ini tidak cukup untuk menyakinkan pengguna membeli iPhone 12 Mini dan jumlah jualan telefon pintar dikatakan hanya 5% daripada kesemua jumlah jualan iPhone 12 Series.

Apa yang lebih pelik di sini adalah, walaupun pretasi jualan yang mengecewakan, Apple masih merancang untuk melancarkan iPhone 13 Mini tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.