Doogee S97 Pro – telefon pintar lasak dengan bateri 8,500mAh kini ditawarkan pada harga sekitar RM 842 sahaja
Pengeluar telefon pintar China iaitu Doogee mencuri tumpuan apabila telah melancarkan telefon pintar lasak Doogee S97 Pro yang merupakan model pertama dipasaran untuk hadir dengan laser pengukur jarak profesional yang mampu mengesan jarak sehingga 40 meter dan mempunyai 4 mod ukuran.
Pada bahagian hadapan, Doogee S97 Pro hadir dengan skrin paparan HD+ Dot berukuran 6.39-inci yang juga menempatkan kamera selfie 16MP dan dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.
Dalam pada itu, laser pengukur jarak ini diletakkan pada bahagian atas peranti.
Selain itu, Doogee S97 Pro juga hadir dengan tetapan quad-kamera dibahagian belakang iaitu satu sensor Samsung 48MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP.
Sebagai sebuah telefon pintar lasak, Doogee S97 Pro juga hadir dengan pensijilan IP68 dan IP69K dan terdapat juga bateri berkapasiti 8,5000mAh yang menawarkan sehingga 3 hari jangka hayat.
Bateri gergasi Doogee S97 ini boleh dicaj ke tahap 50% dalam masa kurang dari 60 minit iaitu pada kadar 33W dan terdapat juga pengecasan tanpa wayar pada kadar 10W.
Dari segi spesifikasi dalaman pula, Doogee S97 Pro hadir dengan cip MediaTek Helio G95, 8GB RAM, 128GB storan dalaman, sensor capjari pada bahagian sisi dan Android 11.Doogee S97 Pro juga hadir dengan satu koleksi aplikasi yang dikhaskan untuk pembinaan, mendaki dan pelbagai aktiviti luar yang lain.
akan ditawarkan di AliExpress pada harga $199 (RM 824) sahaja namun promosi ini adalah dari 21 Jun hingga 25 Jun (harga asal $329 atau sekitar RM 1,363).
Doogee S97 Pro ditawarkan didalam tiga warna iaitu Orange Tiger, Lava Red, dan Silver Black.
*penghantaran ke Malaysia juga ditawarkan.