Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Doogee S95 Pro kini rasmi dengan bateri 5,150mAh dan kalis air sehingga 4 jam

Dogee S95 Pro Malaysia
Doogee bukanlah satu nama besar dalam industri telefon pintar, namun ada sahaja model telefon pintar syarikat ini yang berjaya menarik tumpuan dunia.

Model terbaru Doogee yang jatuh didalam kategori ini adalah S95 Pro yang hadir dengan reka bentuk tahan lasak gren tentera dan spesifikasi kelas pertengahan premium.

Dogee S95 Pro MalaysiaDogee S95 Pro Malaysia

Bercakap mengenai pensijilan yang dimiliki oleh Doogee S95 Pro, ianya memiliki perlindungan dari jatuhan pada ketinggian 2 meter + air IP68 dan IP69K yang memberikan ianya kebolehan untuk berada didalam air sehingga 4 jam pada kedalaman sehingga 3 meter. Dogee S95 Pro ini juga telah mematuhu piawaian tentera MIL-STD-810G.

Disebabkan ini,Doogee S95 Pro mempunyai profil yang amat tebal iaitu 13.8mm dengan berat 258gram.

Dogee S95 Pro Malaysia

Doogee S95 Pro hadir dengan skrin paparan IPS FHD+ berukuran 6.3-inci, pemproses Helio P90, Android 9.0 Pie, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman jenis UFS 2.0.

Dogee S95 Pro MalaysiaDoogee S95 Pro kini rasmi dengan bateri 5,150mAh dan kalis air sehingga 4 jam 7

Doogee S95 Pro hadir dengan tetapan tri-kamera 48MP Sony IMX586 f/1.8, lensa ultrawide 8MP dan lensa telefoto 8MP ( anda sokongan gambar ‘moon mode’). Kamera selfie adalah 16MP dengan aperture f/2.0.

Telefon pintar ini hadir dengan bateri berkapasiti 5,150mAh yang juga disertakan dengan pengecasan pantas 24W dan pengecasan tanpa wayar 10W

Doogee S95 Pro boleh dibeli pada harga $399.99 (RM 1,673) di Dogeemall dan ianya juga menyokong penghantaran ke seluruh dunia secara percuma.

Doogee S95 Pro kini rasmi dengan bateri 5,150mAh dan kalis air sehingga 4 jam 8

Doogee S95 Pro kini rasmi dengan bateri 5,150mAh dan kalis air sehingga 4 jam 9

Anda juga membeli aksesori tambahan iaitu modul bateri tambahan 3,500mAh dan modul speaker HiFi 6W pada $100 ( RM 419).

Maklumat lanjut di https://www.doogeemall.com/en/buy/s95pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.