Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco X3 GT 5G bakal dilancarkan tidak lama lagi


Selepas melancarkan Poco M3 Pro 5G baru-baru ini, Poco kini dilihat sudah bersedia untuk melancarkan Poco X3 GT dan ianya telah menerima pensijilan FCC.

Poco X3 GT adalah varian global kepada Redmi Note 10 Pro 5G yang ditawarkan di China dengan spesifikasi yang sama.

Bercakap mengenai spesifikasi, Poco X3 GT akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD 120Hz berukuran 6.6-inci, pemproses MediaTek Dimensity 1100 5G, 6GB atau 8GB RAM dan bateri berkapasiti 5,000mAh yang juga mempunyai sokongan pengecasan pantas 67W.

Selain itu, Poco X3 GT juga akan hadir dengan tetapan tri-kamera 64MP, pembesar suara stereo JBL, storan dalaman jenis UFS 3.1 dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

Poco X3 GT dijangka akan memasuki pasaran pada harga €299 atau sekitar RM 1,467.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.