Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Leica Leitz Phone 1 – Telefon Pintar Pertama Leica dengan cip Snapdragon 888 dan sensor kamera 1” yang membawakan pengalaman kamera Leica

Leica Leitz Phone 1 - Telefon Pintar Pertama Leica dengan cip Snapdragon 888 dan sensor kamera 1” yang membawakan pengalaman kamera Leica 11Leica secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Leitz Phone 1  yang diyawarkan secara eksklusif di Jepun melalui syarikat telekomunikasi SoftBank.

Leitz Phone 1 ini secara dalamanya adalah Aquos R6 yang namun ianya hadir dengan reka bentuk yang berbeza termasuk pada bahagian kamera yang kini hadir dengan modul kamera bulat yang menggunakan sensor 1”.

Leica Leitz Phone 1 - Telefon Pintar Pertama Leica dengan cip Snapdragon 888 dan sensor kamera 1” yang membawakan pengalaman kamera Leica 12

Leica Leitz Phone 1 juga hadir dengan skrin paparan Pro IGZO OLED berukuran 6.67-inci yang membolehkan ianya menawarkan kadar segar semula dinamik antara 1Hz sehingga 240Hz.

Skrin paparan ini hadir dengan resolusi  WUXGA+ atau 2,730 x 1,260 piksel.

Leica Leitz Phone 1 - Telefon Pintar Pertama Leica dengan cip Snapdragon 888 dan sensor kamera 1” yang membawakan pengalaman kamera Leica 13

Beralih kepada bahagian dalaman, Leica Leitz Phone 1 hadir dengan cip Snapdragon 888 yang disertakan dengan 12GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman 256GB (UFS3.1).

Sensor Summicron Leica 1” yang digunakan pada Leica Leitz Phone 1 ini mampu menghasilkan gambar 20MP dan ianya menggunapakai lensa 7P yang mempunyai aperture f/1.9.

Leica Leitz Phone 1 - Telefon Pintar Pertama Leica dengan cip Snapdragon 888 dan sensor kamera 1” yang membawakan pengalaman kamera Leica 14

Selain itu, sensor besar ini juga mempunyai EIS dan terdapat satu sensor ToF serta flash.

Selain itu,Leica Leitz Phone 1 juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh, sensor capjari terbina dalam skrin, kamera selfie 12MP serta pensijilan kalis air dan habuk (IPX5/8 & IP6X).

Leica Leitz Phone 1 - Telefon Pintar Pertama Leica dengan cip Snapdragon 888 dan sensor kamera 1” yang membawakan pengalaman kamera Leica 15

Leica Leitz Phone 1 juga hadir dengan sistem operasi Android 11 dengan antaramuka didalam warna monokrom.

Leica Leitz Phone 1 akan hadir pada harga ¥187,920 atau sekitar RM 7,023.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.