Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor akan melancarkan telefon pintar foldable Honor Magic Fold lewat tahun ini

Honor akan melancarkan telefon pintar foldable Honor Magic Fold lewat tahun ini 3
Laporan daripada Display Supply Chain mendedahkan bahawa Honor akan melancarkan telefon pintar foldable mereka tidak lama lagi dan ianya akan dikenali sebagai Honor Magic Fold.

Telefon pintar Honor Magic Fold ini akan menggunapakai panel skrin boleh lipat dari BOE dan Visionox dengan pelancaran dijangka akan berlangsung sekitar penghujung tahun 2021.

Sebelum itu, Vivo dan Xiaomi juga akan memperkenalkan telefon pintar foldable mereka yang hadir dengan panel gelas UTG manakala Motorola pula dikatakan hanya akan melancarkan telefon pintar foldable mereka pada tahun 2022.

Selain itu, laporan ini juga mendakwa bahawa Samsung Galaxy Z Fold3 akan menjadi telefon pintar foldable pertama dengan sensor kamera dibawah dan ini akan memberikan profil peranti yang lebih nipis dan penggunaan tenaga yang lebih efisien.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy Z Fold3 juga akan menawarkan sokongan input S-Pen.

Walaubagaimanapun, panel skrin pada Galaxy Z Fold3 dikatakan 40% lebih tebal berbanding pada Galaxy Z Fold2 kerana ianya hadir dengan lapisan  anti-pecah dibawah skrin UTG dan lapisan polimer bertetulang karbon untuk meningkatkan kekuatan di bawah panel.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.