Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung menawarkan diskaun RM 1,100 bagi pembelian telefon pintar Galaxy yang terpilih

Samsung menawarkan diskaun RM 1,100 bagi pembelian telefon pintar Galaxy yang terpilih 1

Samsung menawarkan diskaun RM 1,100 bagi pembelian telefon pintar Galaxy yang terpilih 2
Samsung Malaysia telah mengumumkan beberapa promosi menarik bagi pembelian telefon pintar Galaxy yang terpilih dan ini termasuk bagi Samsung Galaxy S21 Series 5G.

Samsung telah mengumumkan bahawa pembelian siri Galaxy S21 5G melalui Samsung eStore akan menerima rebat serta merta bernilai RM 400.

Samsung menawarkan diskaun RM 1,100 bagi pembelian telefon pintar Galaxy yang terpilih 3

Ini bermaksud Samsung Galaxy S21 5G boleh dimiliki pada harga RM 3,299 (versi 8/256GB), Galaxy S21+ 5G pula ditawarkan pada harga RM 3,899 (8/256GB) manakala Galaxy S21 Ultra 5G pula ditawarkan pada harga RM 4,899 (12/256GB).

Promosi ini boleh dinikmati mulai hari ini sehingga 30 Jun 2021.

*tiada stok bagi versi 128GB 

Samsung menawarkan diskaun RM 1,100 bagi pembelian telefon pintar Galaxy yang terpilih 4
Diskaun sehingga RM 1,100

Samsung juga menawarkan diskaun bernilai sehingga RM 1,100 dengan pembelian Galaxy Note20 dan Galaxy Note20 Ultra yang mana masing-masing ditawarkan pada harga RM 3,199 dan RM 4,099 selepas diskaun.

Samsung menawarkan diskaun RM 1,100 bagi pembelian telefon pintar Galaxy yang terpilih 5

Selain itu, Samsung juga menawarkan diskaun bernilai RM 100 bagi pembelian Galaxy A32 LTE yang kini ditawarkan pada harga RM 999 sahaja.

Promosi ini akan ditawarkan mulai hari ini sehingga 4 Julai 2021.

Samsung menawarkan diskaun RM 1,100 bagi pembelian telefon pintar Galaxy yang terpilih 6

Program trade-in

Samsung juga menawarkan program trade-in bagi pembelian siri Galaxy S21 5G penjimatan sehingga RM 4,805 bergantung kepada model dan jenama.

maklumat lanjut mengenai promosi hebat Samsung ini boleh diketahui di Samsung Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.