Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 50 Series akan dilancarkan esok – Cip Snapdragon & Google Mobile Services bakal ditawarkan


Telefon pintar flagship Honor yang terbaru iaitu Honor 50 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Jun ini.

Pelancaran ini boleh dikatakan sebagai satu pelancaran yang amat dinanti-nantikan kerana ianya adalah pelancaran telefon pintar flagship pertama syarikat ini selepas dijual oleh HUAWEI.

Honor 50 Series dijangka akan terdiri daripada tiga model iaitu Honor 50, Honor 50 Pro dan Honor 50 Pro+ yang mana kesemua telefon pintar ini dijangka akan hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon.


Selain itu, Honor 50 Series bagi pasaran antarabangsa juga berkemungkinan besar akan hadir dengan Google Mobile Services yang sedikit sebanyak akan membantu mengembalikan semula reputasi syarikat ini dipasaran telefon pintar global.

Majlis pelancaran Honor 50 Series akan berlangsung esok pada jam 7.30 malam dan siaran langsung pelancaran ini boleh disaksikan melalui saluran Facebook Honor.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.