Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme perkenalkan jenama fesyen realstudio dengan koleksi realHYPE pertamanya


realme secara rasminya telah memperkenalkan jenama baharu di bawah naungannya,
realstudio yang membawa aura muda, terkini dan fesyen unggul buat anak muda secara eksklusif di Malaysia.

Sebagai pembawa trend teknologi, realme mempercayai kombinasi fesyen dan teknologi adalah sesuatu yang baharu dalam industri yang membawa kepada terbentuknya debut realstudio dengan koleksi realHYPE pertamanya.

koleksi pertama ‘Dare to Leap’ realstudio adalah usaha kolaborasi bersama jenama fesyen tempatan, HYPE Clothing CO dan artis tempatan, Kide Baharudin untuk koleksi baru, iaitu realHYPE.

Koleksi realHYPE terdiri daripada t-shirt realHYPE berwarna ‘Mustard Yellow’ dan dua kantung beg sling yang berbentuk segi empat dan segitiga.

Kisah di sebalik reka bentuk koleksi realHYPE menggambarkan suasana norma baharu selain mengingatkan semua rakyat Malaysia di sebalik keadaan yang sukar dalam hidup, masih banyak aspek positif dalam masyarakat untuk kita saling bermotivasi dan terus maju ke hadapan.

Koleksi realHYPE ini akan ditawarkan pada harga RM99 dan terhad kepada 100 unit sahaja di seluruh negara, yang dapat dibeli peminat realme mulai 18 Jun 2021, jam 12 tengah malam melalui Kedai Rasmi realme di Shopee, sempena hari jualan permulaan bagi 7.7 Jualan Tengah Tahun Shopee.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif realstudio, oleh realme Malaysia untuk sentiasa bekerjasama dengan pereka atau artis tempatan yang berbakat bagi menggalakkan kreativiti mereka dan menghasilkan koleksi yang lebih bergaya untuk generasi muda.

 Maklumat lanjut boleh didapati melalui akaun media sosial rasmi  Instagram realstudio

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.