Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Watch 2022 akan mempunyai sensor suhu dan bacaan glukosa dalam darah

@RendersbyIan

Bloomberg telah mengeluarkan satu laporan yang mengatakan tentang generasi baharu Apple Watch yang akan dilancarkan pada tahun ini dan tahun hadapan.

Generasi ke-7 Apple Watch akan menyaksikan penambahbaikan yang ketara berbanding generasi semasa iaitu Apple Watch Series 6 dengan reka bentuk bezel sisi yang lebih nipis, laminasi skrin yang mengurangkan ruang antara gelas dan skrin sesentuh serta sambungan ultra-wideband yang lebih baik.

Selain itu, pada tahun 2020, Apple dijangka akan membawakan ciri bacaan kandungan gula, tekanan darah dan kandungan alkohol.

Laporan daripada Bloomberg ini juga mengesahkan bahawa Apple sedang membangunkan ciri ini dan syarikat Cupertino ini juga akan menyertakan sensor suhu badan pada model Apple Watch tahun hadapan.

Bacaan kandungan gula didalam darah dikatakan masih beberapa tahun sebelum menjadi realiti dan ini membolehkan penggunaan yang mempunyai masalah diabetes untuk melihat kandungan gula dalam darah tanpa menggunakan kaedah biasa (mengambil darah pada jari untuk bacaan).

Dalam pada itu, Apple Watch 2022 juga akan menyaksikan pelancaran model baharu Apple Watch SE yang lebih murah selain satu model Apple Watch yang lasak untuk sukan ekstrim.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.