Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus bakal melancarkan satu telefon pintar flagship dengan cip Dimensity 1200


Digital Chat Station melaporkan bahawa OnePlus kini didalam perancangan untuk menggunakan cipset daripada pengeluar lain pada telefon pintar OnePlus.

Sejak penubuhan syarikat ini, OnePlus secara eksklusif hanya menggunakan cipset Snapdragon yang dikeluarkan Qualcomm namun perkara ini bakal berubah dengan pelancaran telefon pintar OnePlus yang hadir dengan cipser MediaTek Dimensity 1200.

Telefon pintar OnePlus dengan cip Dimensity 1200 ini kini didalam fasa kejuruteraan prototaip dan akan menampilkan skrin paparan punch-hole seperti OnePlus 9 Series atau lebih spesifik dengan panel rata seperti OnePlus 9.

Pada bahagian kamera, telefon pintar ini dijangka akan hadir dengan satu sensor utama Sony IMX766 50MP, dua sensor tambahan dan flash LED.

Akhir sekali, penggunaan Oxygen OS juga memberikan petunjuk bahawa telefon pintar ini akan memasuki pasaran global.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.