Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iOS 15 kini rasmi – berikut adalah senarai model iPhone yang akan menerima iOS baharu ini


Apple WWDC 2021 telah berlangsung awal pagi tadi dan syarikat Cupertino ini secara rasminya telah memperkenalkan iOS 15, iPadOS 15 dan WatchOS 8.

Apple iOS 15 nampaknya tidak akan membawakan perubahan drastik dari segi penampilan dan Apple dilihat hanya telah menambahbaik dua ciri utama didalam iOS.

Menyedari kepentingan panggilan video ketika ini, iOS 15 akan membawakan FaceTime yang lebih baik kepada pengguna.

FaceTime kini akan membawakan Spatial Audio yang akan membolehkan bunyi yang lebih dinamik mengikut arah peranti iOS anda namun ianya hanya disokong dengan pemakaian AirPods yang terpilih.

Selain itu, kualiti audio juga telah ditambah baik dan pengurangan bunyi latar belakang juga dikurangkan dengan lebih efektif.

Dalam pada itu, FaceTime juga akan membawakan mod paparan Grid yang memaparkan semua peserta panggilan video ini selain mod potrait yang memberikan kesan potret ketika panggilan video.

Selain itu, iOS 15 juga akan membolehkan anda berkongsi link FaceTime ini seperti Google Meet dan Zoom dan anda boleh berkongsi link ini kepada pengguna iOS dan Android.

Ini juga bermaksud FaceTime akan ditawarkan kepada pengguna Android.

Selain itu, iOS 15 juga membawakan beberapa penambahbaikan pada aplikasi tertentu seperti ciri notifikasi pada home screen dengan paparan wajah, fungsi live text yang membolehkan perkataan pada gambar kini boleh di terjemah dan ditukar sebagai teks.

Akhir sekali, Apple juga telah mengumumkan senarai model iPhone yang akan menyokong iOS 15 dan ianya bermula dari pengguna Apple iPhone 6S dan ke atas.

Berikut adalah senarai model iPhone yang akan menerima iOS 15 :

iPhone 6s

iPhone 6s Plus

iPhone 7

iPhone 7 Plus

iPhone 8

iPhone 8 Plus

iPhone X

iPhone XR

iPhone XS

iPhone XS Max

iPhone 11

iPhone 11 Pro

iPhone 11 Pro Max

iPhone 12 Mini

iPhone 12

iPhone 12 Pro

iPhone 12 Pro Max

Apple iOS 15 akan mula ditawarkan selepas pelancaran Apple iPhone 13 Series yang dijangka akan berlangsung pada bulan September 2021.

Maklumat Lanjut mengenai iOS 15 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.