Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Teknologi OPPO Memory Expansion yang menawarkan RAM tambahan kini ditawarkan kepada pengguna Oppo Reno5 dan Oppo A74 di Malaysia


OPPO telah mengumumkan bahawa  Memory Expansion Technology yang menawarkan RAM tambahan kepada telefon pintar kini telah mula ditawarkan kepada pengguna OPPO Reno5 Series dan OPPO A74 Series di Malaysia.

Teknologi terbaru yang akan ditawarkan melalui kemaskini perisian ini akan membolehkan kapasiti RAM ditingkatkan kepada 7GB pada Reno5 Series dan 5GB pada A74 Series.

OPPO Memory Expansion Technology adalah satu ciri tambahan yang membolehkan pengguna menggunakan sebahagian daripada storan dalaman (ROM) sebagai RAM virtual.

Selain itu, pengguna juga diberikan tiga pilihan jumlah storan digunakan sebagai RAM dan selepas telefon pintar dihidupkan semula(restart), storan tersebut akan menjadi virtual RAM


Dengan teknologi ini, pengguna dapat menikmati pretasi telefon pintar yang lebih baik ketika bermain permainan video yang intensif RAM atau ketika melakukan suntingan video dan gambar.

 Untuk mengaktifkan ciri OPPO Memory Expansion Technology, sila ikuti langkah berikut :

1) Setting > About Phone

2) Tekan pada  RAM.

3) Aktifkan RAM expansion.

4) pilih jumlah yang diperlukan.

Akhir sekali, OPPO juga telah mengeluarkan senarai jangka masa bila kemaskini baharu yang membawakan teknologi OPPO Memory Expansion  mengikuti model :

Ditawarkan sekarang – Oppo A74 4G & Oppo A74 5G

Jun 2021 – Oppo Reno5 4G & Oppo Reno5 F

Julai 2021 – Oppo Reno5 Pro 5G

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.