Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 50 Series 5G akan dilancarkan secara rasmi 16 Jun – dengan GMS


Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran telefon pintar flagship Honor 50 Series akan berlangsung pada 16 Jun ini dan ianya akan diadakan di Shanghai, China.

Honor telah memuatnaik satu video teaser Honor 50 Series yang tidak mendedahkan sebarang maklumat spesifikasi namun memberikan kita visual dengan reka bentuk modul kamera ‘dual-ring’.

Selain itu, Honor 50 Series dijangka akan terdiri daripada tiga model iaitu Honor 50 yang telah disahkan akan hadir dengan cip Snapdragon 778G manakala Honor 50 Pro dan Honor 50 Pro+ pula dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 888 (belum disahkan secara rasmi).

Selain itu, Ujian benchmark Honor 50 Pro+ juga telah mendedahkan bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan skrin paparan AMOLED QHD+ 120Hz, 8GB RAM jenis LPDDR5, storan dalaman 128GB jenis UFS 3.1 dan bateri berkapasiti 4,400mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Selain itu, Honor 50 Pro+ juga akan hadir dengan tetapan kamera selfie 32MP + 8MP manakala pada bahagian belakang ianya akan memiliki satu sensor utama 50MP, sensor ultrawide 13MP, sensor telefoto 8MP dan sensor 3D ToF.

Lebih menggembirakan, Honor 50 Series dijangka akan mengembalikan kegemilangan syarikat ini dengan akses kepada Google Mobile Services bakal menjadi salah satu faktor utama jenama ini kembali kukuh dipasaran telefon pintar global.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.