Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi AirDots 3 kini rasmi dengan pembatalan bunyi ANC pada harga dari RM 194 sahaja

Redmi AirDots 3 kini rasmi dengan pembatalan bunyi ANC pada harga dari RM 194 sahaja 9
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan earphone TWS terbaru dibawah jenama Redmi iaitu Redmi AirDots 3 Pro yang merupakan sepasang TWS yang ditawarkan pada harga bajet namun dengan pelbagai teknologi premium.

Redmi AirDots 3 Pro hadir dengan ciri pembatalan bunyi aktif (ANC), pengecasan tanpa wayar dan mod latensi rendah yang biasanya ditawarkan pada TWS yang lebih mahal.

Redmi AirDots 3 kini rasmi dengan pembatalan bunyi ANC pada harga dari RM 194 sahaja 10

Redmi AirDots 3 dilengkapi dengan pemacu 9mm dan 3 mikrofon untuk pikap suara dan pembatalan bunyi yang optimum yang mana Redmi mendakwa mod ANC earphone ini mampu mengurangkan bunyi bising persekitaran sehingga 35dB.

Selain itu, perhubungan dengan peranti anda menggunakan sambungan Bluetooth 5.2 yang membolehkan Redmi AirDots 3 dihubungkan pada dua peranti serentak.

Redmi AirDots 3 kini rasmi dengan pembatalan bunyi ANC pada harga dari RM 194 sahaja 11 Redmi AirDots 3 kini rasmi dengan pembatalan bunyi ANC pada harga dari RM 194 sahaja 12

Beralih kepada bateri, Redmi AirDots 3 menawarkan sehingga 6 pendengaran melalui earphone sahaja atau 3 jam dengan mengaktifkan mod ANC namun dengan bekas pengecasan yang mempunyai bateri 470mAh, anda boleh menikmati sehingga 28 jam penggunaan.

Akhir sekali, Redmi AirDots 3 juga mempunyai pensijilan IPX4 dan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih pada harga CNY 299 atau sekitar RM 194 sahaja.

Buat masa ini status penawaran antarabangsa Redmi AirDots 3 ini masih belum diketahui.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.