Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 8 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 899 – Diskaun RM 100 bagi pembelian di Lazada


realme secara rasminya telah melancarkan realme 8 5G ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 899 yang menjadikanya sebagai antara telefon pintar 5G termurah di Malaysia.

realme C25s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699 sahaja – mula ditawarkan 12 Jun 2021

realme 8 Pro ini hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 700 yang memberikan kebolehan perhubungan 5G dan menggunakan proses 7nm yang lebih efisien dan ditawarkan didalam 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Beralih kepada skrin, realme 8 5G menampilkan pengunaan skrin paparan 90Hz LCD berukuran 6.5-inci dengan resolusi FHD+ dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Dragontrail.

Pada bahagian kamera, realme 8 5G menampilkan pengunaan sensor GM1 48MP, sensor makro dan sensor B&W serta kamera selfie 16MP.

Beralih kepada bateri, realme 8 5G menampilkan bateri berkapasiti 5,000mAh namun pengecasan pantas ditawarkan pada model ini hanya 18W.


realme 8 5G ditawarkan didalam dua warna iaitu Supersonic Blue dan Supersonic Black mulai 28 Mei ini pada harga RM 899 dan pembelian di realme authorised stores akan menerima Portable Smoothie Blender.


Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan realme 8 5G ini pada harga RM 799 di stor rasmi realme di Lazada pada 28 Mei bermula jam 12 tengah malam ini.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.