Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

nubia Red Magic 6R kini rasmi – Skrin AMOLED 144Hz dan Snapdragon 888 pada harga sekitar RM 1,942


nubia secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar gaming terbaru syarikat ini iaitu nubia Red Magic 6R.

nubia Red Magic 6 hadir dengan reka bentuk yang lebih universal dan nipis serta sesuai untuk semua golongan pengguna.

nubia Red Magic 6R hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 144Hz, pemproses Snapdragon 888, 6,8 atau 12GB RAM manakala storan dalaman adalah antara 128GB atau 256GB.

Selain itu, Red Magic 6R juga mempunyai butang shoulder triggers yang merupakan sensor sesentuh 400Hz.

Pada bahagian kamera, Red Magic 6R hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Selain itu, nubia Red Magic 6R juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,200mAh yang mana bagi pasaran China hadir dengan pengecasan pantas 55W manakala bagi pasaran antarabangsa, hanya sokongan pengecasan 30W disertakan

nubia Red Magic 6R akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, putih dan kelabu serta satu edisi khas Tencent Games didalam warna kuning.

Harga nubia Red Magic 6R adalah seperti berikut :

nubia Red Magic 6R 6/128GB – CNY 2,999 (RM 1,942)

nubia Red Magic 6R 8/128GB – CNY 3,299 (RM 2,136)

nubia Red Magic 6R 12/128GB – CNY 3,599 (RM 2,330)

nubia Red Magic 6R 12/256GB – CNY 3,899 (RM 2,525)

*diskaun CNY 300 bagi pra-tempahan sebelum 1 Jun (di China).

nubia Red Magic 6R Edisi Tencent Games 12/128GB – CNY 3,999 (RM 2,589)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.