Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V21 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,899 sahaja


Vivo Malaysia secara rasminya telah melancarkan Vivo V21 5G ke pasaran tempatan dan ianya hadir dengan harga RM 1,899 iaitu hanya RM 300 lebih tinggi berbanding Vivo V21 4G yang ditawarkan pada harga RM 1,499.

Vivo V21 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED E3 90Hz berukuran 6.44-inci, pemproses MediaTek Dimensity 800U 5G, 8GB RAM + 3GB Extended RAM dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, Vivo V21 5G juga hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 44MP yang juga mempunyai OIS seperti sensor utama.

Vivo V21 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dan terdapat sokongan pengecasan pantas 33W.

Vivo V21 5G ditawarkan didalam dua warna iaitu Dusk Blue dan Sunset Dazzle pada harga RM 1,899 dan setiap pembelian juga akan menerima pelan Protection Plus yang menawarkan tambahan 1 tahun waranti dan 1 waranti skrin, Ogawa USB Eye Mask, Powerbank Remax 10,000mAh dan kad Spotify bernilai RM 50.

Dapatkan Vivo V21 5G di Vivo E-Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.