Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 8 2021 kini rasmi dengan Helio G85 dan Quad-Kamera 48MP


Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Redmi Note 8 2021 yang merupakan model pengganti kepada Xiaomi Redmi Note 8 yang telah dilancarkan pada tahun 2019 dengan 25 juta unit telefon pintar ini telah terjual.

Xiaomi Redmi Note 8 2021 hadir dengan skrin paparan LCD DotDisplay berukuran 6.3-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dan turut mempunyai lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Pada bahagian pemproses, Redmi Note 8 2021 hadir dengan cip MediaTek Helio G85, 4GB RAM dan dua kapasiti storan dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

Xiaomi Redmi Note 8 2021 juga hadir dengan tetapan quad-kamera dibahagian belakang iaitu sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 13MP.

Selain itu, Redmi Note 8 2021 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W, MIUI 12.5 yang berasaskan Android 11, sensor capjari di sisi dan lapisan nano kalis air.

Redmi Note 8 2021 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Neptune Blue, Moonlight White, dan Space Black.

Harga Redmi Note 8 2021 masih belum diumumkan setakat ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.