Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X3 Pro 5G kini ditawarkan dengan rebat tunai RM 300 dan hadiah percuma bernilai RM 1,019

Oppo Find X3 Pro 5G kini ditawarkan dengan rebat tunai RM 300 dan hadiah percuma bernilai RM 1,019 5
Oppo Malaysia telah mengumumkan promosi terbaru bagi telefon pintar flagship mereka iaitu Oppo Find X3 Pro 5G dimana bakal pembeli dapat menikmati rebat tunai dan hadiah percuma yang menarik.

Oppo Malaysia telah mengumumkan bahawa mulai 25 Mei hingga 6 Jun 2021, setiap pembelian Oppo Find X3 Pro 5G akan menerima rebat tunai bernilai RM 300 menjadikan harga jualan telefon pintar ini adalah RM 3,999 (RRP RM4,299).

Selain itu, Oppo juga menawarkan hadiah percuma bernilai RM 1,019 iaitu satu unit Oppo Enco X bernilai RM 699 dan 1TB storan HeyTap Cloud yang bernilai RM 320.

Promosi ini boleh didapati di Stor rasmi OPPO, My OPPO Spaces, kedai pengedar sah,Oppo Online Store, Lazada dan Shopee.

Oppo Find X3 Pro 5G kini ditawarkan dengan rebat tunai RM 300 dan hadiah percuma bernilai RM 1,019 6
Selain itu, jika anda ingin mendapatkan Oppo Find X3 Pro 5G melalui syarikat telekomunikasi, anda juga boleh menikmati promosi ini di Maxis, Celcom, Digi, dan U Mobile.

Dapatkan Oppo Find X3 Pro 5G sekarang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.