Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S21 Fan Edition akan dilancarkan dengan cip Snapdragon 888


Selepas menyaksikan populariti Samsung Galaxy S20 Fan Edition (FE), Samsung dilihat semakin hampir untuk melancarkan Samsung Galaxy S21 Fan Edition tidak lama lagi.

Kini, Samsung Galaxy S21 FE telah dikesan di pangkalan data Geekbench yang mendedahkan lebih banyak spesifikasi telefon pintar ini.

Menurut Geekbench, Galaxy S21 FE dengan nombor model SM-G990B akan hadir dengan cip Snapdragon 888, 6GB RAM dan sistem operasi Android 11 (antara muka Samsung OneUI).

Samsung Galaxy S21 FE akan hadir dengan skrin paparan rata berukuran 6.4-inci dan reka bentuk panel belakang plastik yang dinamakan sebagai glasstic.

Selain itu, terdapat sumber yang melaporkan Samsung mungkin akan melancarkan Galaxy S21 FE pada pelancaran Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Ogos namun pelancaran bersama-sama satu siri flagship yang lain mungkin tidak begitu digemari syarikat ini.

sumber : GSMArena

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.