Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 8 5G akan tiba di Malaysia 27 Mei ini – peranti 5G mampu milik


realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme 8 5G akan dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 27 Mei sebagai satu telefon pintar 5G mampu milik dari syarikat ini.

Program eBelia – tebus kredit RM 150 percuma anda mulai 1 Jun 2021

realme 8 Pro ini hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 700 yang memberikan kebolehan perhubungan 5G dan menggunakan proses 7nm yang lebih efisien dan mungkin ditawarkan didalam dua kapasiti RAM iaitu 4GB atau 8GB namun storan dalaman hanya 128GB.

Beralih kepada skrin, realme 8 5G menampilkan pengunaan skrin paparan 90Hz LCD berukuran 6.5-inci dengan resolusi FHD+ dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Dragontrail.

Pada bahagian kamera, realme 8 5G menampilkan pengunaan sensor GM1 48MP, sensor makro dan sensor B&W serta kamera selfie 16MP.

Beralih kepada bateri, realme 8 5G menampilkan bateri berkapasiti 5,000mAh namun pengecasan pantas ditawarkan pada model ini hanya 18W.

realme 8 5G dijangka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Supersonic Blue dan Supersonic Black.

Akhir sekali, majlis pelancaran realme 8 5G Malaysia akan berlangsung pada 27 Mei ini, ketahui maklumat harga dan promosi jualan (jika ada) dengan menonton siaran langsung pada jam 12 tengahari di Facebook realme Malaysia.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.