Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 13 Series akan hadir dengan notch yang lebih kecil


sumber gambar : @ispazio

Selepas hampir 4 tahun memperkenalkan TouchID pada iPhone X, Apple iPhone 13 Series dilaporkan akan hadir dengan ‘notch’ yang lebih kecil.

Laporan terbaru DigiTimes mendakwa bahawa Apple akan menggunakan cip VCSEL yang 40-50% lebih kecik untuk pemetaan wajah 3D pada model iPhone 2021.

Hasil penggunaan cip yang lebih kecil, Apple akhirnya akan menampilkan reka bentuk notch yang lebih kecil pada iPhone selepas hampir 4 generasi tampil dengan ukuran notch (takukan) yang sama.

Selain itu, Apple akan mengubah kedudukan gril speaker ke bahagian atas iaitu berhampiran dengan bezel atas.

Selain itu, laporan terbaru dari leakster terkemuka mendakwa bahawa Apple iPhone 13 akan tampil dengan potongan modul kamera yang lebih besar dan tebal.

Dalam Pada itu, Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max juga akan hadir dengan skrin paparan LTPO AMOLED 120Hz.

Majlis pelancaran Apple iPhone 2021 dijangka akan berlangsung pada bulan September.

sumber : GSMArena

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.