Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Xiaomi Mi Smart Band 6 Malaysia – Skrin OLED yang lebih besar & sensor SpO2

Xiaomi Mi Smart Band 6

Jam kecergasan paling popular didalam sejarah iaitu Mi Smart Band kini telah memasuki generasi ke-6 dan model tahun ini menambah beberapa ciri baharu berbanding Mi Band 5

Tahun lalu telah menyaksikan Mi Band 5 menampilkan skrin paparan OLED yang lebih besar bersama-sama pengecasan magnetik menggantikan cara pengecasan yang memerlukan anda mencabut jam dari tali.

Bersama-sama pelancaran Xiaomi Mi 11 Ultra, syarikat ini juga telah mengumumkan penawaran Mi Band terbaru ini di Malaysia dan tahun menyaksikan Mi Band mempunyai banyak pesaing yang setaraf seperti HUAWEI Band 6 dan Honor Band 6.

Berikut adalah ulasan Mi Smart Band 6 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 189.

Reka Bentuk

Mi Smart Band 6 hadir dengan reka bentuk yang sama seperti generasi Mi Band yang sebelum ini namun penawaran skrin paparan ‘edge-to-edge’ memberikan pengguna satu pengalaman skrin yang lebih imersif.

Skrin paparan AMOLED 1.56-inci (326ppi) yang digunakan pada Mi Smart Band 6 menawarkan resolusi 152 x 486 dengan kecerahan 450nits namun sekali lagi, mod skrin Always On tidak ditawarkan pada jam kecergasan ini.

Penggunaan skrin paparan yang lebih besar juga bermaksud Mi Smart Band 6 kita tidak mempunyai sebarang butang kapasitif seperti pada generasi sebelum ini.

Operasi atau interaksi pada skrin dilakukan sepenuhnya pada skrin ‘swipe’ pada mana-mana arah atau tap dan hold.

Mi Smart Band 6 juga memiliki lebih dari 60 reka bentuk Watch Faces atau Band Display yang direka khas dan ianya hadir didalam 6 warna iaitu Black, Blue, Orange, Yellow, Olive Green dan Beige. (hanya warna hitam ditawarkan di Malaysia).

Mi Smart Band 6 hadir dengan reka bentuk tali silikon ‘Thermoplastic elastomer’ yang sangat ringan dengan berat hanya 12.5 gram.

Tali jam ini adalah sesuatu yang tahan lasak dan mesra kulit yang membolehkan anda memakainya sepanjang masa walaupun ketika tidur.

Dalam pada itu, rangka Mi Smart Band 6 diperbuat daripada aloi aluminum yang ringan dan jam kecergasan ini juga mempunyai pensijilan kalis air 5ATM.

Sokongan kalis air 5ATM ini amat berguna kerana anda boleh menggunakannya ketika berenan dan Mi Smart Band 6 juga mampu mengesan 5 jenis renangan secara automatik.

Beralih kepada bahagian bawah jam yang menempatkan sensor-sensor utama yang menjadi tunjang kepada jam kecergasan pintar ini.

Sensot heart-rate Mi Smart Band 6 kini juga boleh merekodkan bacaan SpO2 dan terdapat juga pin pengecasan pogo magnetik yang seperti kami maklumkan, kali pertama digunakan pada Mi Smart Band 6.

Mi Smart Band 6 + aplikasi Mi Fit

Xiaomi Mi Smart Band 6 ini boleh digunakan bersama-sama aplikasi Mi Fit yang tersedia pada Google Play Store dan Apple AppStore.

Selain itu, aplikasi Mi Fit juga menawarkan fungsi GPS bagi tiga aktiviti kecergasan iaitu berjalan, berlari dan berbasikal.

Seterusnya, aplikasi Mi Fit juga memberikan anda semua maklumat aktiviti kecergasan anda, carta heart rate, goal tracker dan juga melihat aktiviti rakan anda.

30 Aktiviti Kecergasan termasuk 6 aktiviti yang dikesan secara automatik.

Mi Smart Band 6 menawarkan sokongan untuk 30 aktiviti kecergasan yang mana ianya termasuk 6 aktiviti kecergasan yang dikesan secara automatik.

6 mod kecergasan yang akan dikesan secara atuomatik adalah larian outdoor, treadmill, mesin mendayung, elips, berjalan dan berbasikal.

2 Minggu Jangka Hayat Bateri

Mi Smart Band 6 menawarkan sehingga 2 minggu penggunaan dengan satu pengecasan penuh namun dengan penggunaan yang agresif ianya mampu memberikan anda sehingga 5 hari pengunaan.

Selain itu, pengecasan pada Mi Band 6 kini lebih mudah dimana anda tidak lagi perlu bersusah payah mencabut tali jam sebelum pengecasan.

Pengecasan magnetik yang ditawarkan pada Mi Smart Band 6 ini juga kuat dan mampu melekap pada permukaan belakang jam dengan mudah dan tidak mudah tercabut.

Tempoh pengecasan yang diperlukan adalah sekitar 2 jam yang pada pendapat kami masih boleh diterima walaupun kapasiti bateri jam ini hanya 125mAh dan tidak perlu dicaj dengan kerap.

Penutup

Secara keseluruhanya, Xiaomi Mi Smart Band 6 adalah peranti kecergasan yang lebih baik berbanding Mi Band 5 khususnya dengan skrin yang lebih besar dan sokongan SpO2.

Dengan harga penjualan di Malaysia hanya RM 189, Mi Smart Band 6 dijangka akan kekal sebagai antara band popular dipasaran.

Walaubagaimanapun, pelancaran banyak model band yang lebih kurang dengan harga Mi Smart Band 6 pasti sedikit sebanyak mengugat populariti jam kecergasan ini.

Anda boleh mendapatkan Mi Smart Band 6 di Shopee dan Lazada pada harga RM 189.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.