Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kerjasama HUAWEI dan Leica akan berakhir dengan pelancaran HUAWEI P50 Series


Menurut sumber dalaman, kolaborasi HUAWEI-Leica bakal berakhir dan siri HUAWEI P50 adalah model terakhir syarikat ini untuk hadir dengan penjenamaan Leica.

Maklumat ini diperoleh dari akaun Twitter @RODENT950 yang sangat arif dengan maklumat dalaman mengenai HUAWEI secara khususnya.

Selain itu, beliau juga berkata bahawa penamatan kerjasama ini tidak bermaksud Leica akan keluar dari industri ini dan syarikat ini sedang mengintai peluang untuk berkerjasama dengan syarikat telefon pintar lain dan antara yang dilihat sebagai calon adalah Xiaomi, Honor dan Sharp.

Berakhirnya kerjasama yang meletakkan HUAWEI sebagai pengeluar telefon pintar dengan sistem kamera terbaik dipasaran adalah sesuatu yang menyedihkan namun kekangan kewangan selepas dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat mungkin memaksa HUAWEI mengambil keputusan ini.

Bercakap mengenai siri HUAWEI P50 yang akan menjadi telefon pintar terakhir dengan penjenamaan Leica, ianya dijangka akan dilancarkan lewat bulan ini atau pada bulan Jun 2021.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.