Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab A7 WiFi kini ditawarkan pada harga RM 899 sahaja

Walaupun sudah melebihi setahun kita menghadapi pandemik covid-19, keadaan yang tidak menentu kadang-kadang menyebabkan kita lebih selamat untuk berada di rumah.

Selain itu, gelombang ketiga Covid-19 di Malaysia kini telah bermula dan untuk mengekang penularan wabak ini, Kerajaan juga telah memutuskan untuk mengadakan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara mulai 12 Mei.

Sehubungan dengan itu, pasti ramai pengguna yang tercari-cari sebuah peranti serba boleh pada harga yang berpatutan dan Samsung Galaxy Tab A7 mungkin apa yang anda perlukan.

Mulai hari ini sehingga 6 Jun 2021, Samsung menawarkan rebat sebanyak RM 100 bagi pembelian Galaxy Tab A7 WiFi iaitu hanya RM 899 berbanding harga asal RM 999.

Samsung Galaxy Tab A7 adalah sebuah tablet kompak yang memiliki kemasan besi dengan berat sekitar 476gram dan ketebalan hanya 7mm.

Selain itu, Galaxy Tab A7 juga hadir dengan skrin paparan WUXGA+ berukuran 10.4-inci dan ianya juga dilengkapi sistem quad-speaker Dolby Atmos.

Galaxy Tab A7 hadir dengan cipset Snapdragon 662, 3GB RAM dan 32GB storan dalaman serta bateri berkapasiti 7,040mAh yang turut dilengkapi pengecasan pantas 15W.

Pada bahagian belakang, Galaxy Tab A7 ini memiliki satu sensor kamera 8MP manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Samsung Galaxy Tab A7 ini juga menawarkan sokongan WiFi 2.4G+5GHz, Bluetooth 5.0 dan banyak lagi.

Anda kini boleh mendapatkan Galaxy Tab A7 WiFi didalam dua pilihan warna iaitu Dark Gray dan Silver pada harga RM 899.

Beli Samsung Galaxy Tab A7 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.