Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor telah menjual 15,000 unit Honor MagicBook yang bernilai RM 50 juta kepada Universiti MAHSA


Institusi pengajian tinggi swasta terkemuka, Universiti MAHSA telah membuat pembelian siri komputer riba HONOR MagicBook bernilai RM50 juta dari HONOR Malaysia untuk kegunaan pembelajaran pensyarah dan pelajarnya.

 Siri HONOR MagicBook mengetengahkan tiga tumpuan jualan iaitu perlindungan mata, daya ketahanan dan harga berbaloi.

 Pra-pesanan siri HONOR MagicBook di stor rasmi dalam talian juga telah menerima respons yang memberangsangkan daripada pengguna, dan berita ini disusuli dengan perjanjian bersama Universiti MAHSA untuk pembelian 15,000 unit komputer riba tersebut dari HONOR Malaysia.

Sementara itu, HONOR baru-baru ini memperkenalkan komputer riba HONOR MagicBook 15 dan jam kecergasan HONOR Band 6 yang boleh dibeli secara pra-pesanan di Lazada HONOR Flagship Store.

 Mulai 13 Mei ini, jualan rasmi HONOR MagicBook 15 dan HONOR Band 6 akan dilancarkan di semua stor fizikal HONOR Experience Stores di seluruh negara termasuk platform e-dagang Lazada HONOR Flagship Store dan Shopee HONOR Official Store.

HONOR MagicBook 15 dijual pada harga RM3699 dengan hadiah percuma bernilai lebih RM300 iaitu beg galas komputer riba, tetikus Bluetooth dan kotak hadiah HONOR.

HONOR Band 6 pula akan ditawarkan pada harga RM189 dan ianya boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.