Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi 11i, Redmi Note 10S, Redmi Note 10 5G dan 2 model Mi TV premium 4K akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Mei ini

Mi 11i, Redmi Note 10S, Redmi Note 10 5G dan 2 model Mi TV premium 4K akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Mei ini 3
Xiaomi Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa syarikat ini akan memperkenalkan beberapa produk baharu ke pasaran tempatan dan majlis pelancaran ini akan berlangsung pada 20 Mei 2021.

Xiaomi Mi 11i dan Mi 11 Lite kini rasmi – Mi 11 Lite tiba di Malaysia 6 April pada harga RM 1,199

Xiaomi Malaysia telah mengesahkan bahawa sebanyak tiga model telefon pintar terbaru syarikat ini akan ditawarkan di Malaysia iaitu Mi 11i, Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G.

Siri Xiaomi Redmi Note 10 kini rasmi – skrin AMOLED 120Hz, Kamera 108MP pada harga dari RM 649

Selain itu, Xiaomi juga telah mengesahkan bahawa buat pertama kali di pasaran Malaysia, televisyen pintar premium 4K keluaran syarikat ini iaitu Mi TV Q1 75” dan Mi TV P1 55” juga akan dilancarkan.

Anda boleh menonton majlis pelancaran ini di  Facebook Xiaomi Malaysia  pada 20 Mei ini bermula jam 8 malam.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.