Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Xiaomi Redmi Note 10 kini rasmi – skrin AMOLED 120Hz, Kamera 108MP pada harga dari RM 649

Siri Xiaomi Redmi Note 10 kini rasmi - skrin AMOLED 120Hz, Kamera 108MP pada harga dari RM 649 21
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan siri Redmi Note 10 ke pasaran dan telefon pintar ini hadir didalam empat model iaitu Redmi Note 10 Pro ,Redmi Note 10, Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S.

Siri Xiaomi Redmi Note 10 kini rasmi - skrin AMOLED 120Hz, Kamera 108MP pada harga dari RM 649 22

Xiaomi Redmi Note 10 Pro

Redmi Note 10 Pro adalah model mercu didalam keluarga Redmi Note dan ianya merupakan telefon pintar pertama siri Redmi Note untuk hadir dengan panel skrin AMOLED.

Redmi Note 10 Pro menampilkan panel skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz, pemproses Snapdragon 732G, 6 atau 8GB RAM jenis LPDRR4X dan storan dalaman 64 atau 128GB jenis UFS 2.2 WriteBooster.

Siri Xiaomi Redmi Note 10 kini rasmi - skrin AMOLED 120Hz, Kamera 108MP pada harga dari RM 649 23

Beralih kepada kamera, Redmi Note 10 Pro hadir dengan sensor kamera utama 108MP, sensor ultrawide 118°, sensor telemakro 5MP dan sensor depth 2MP.

Redmi Note 10 Pro juga tampil dengan bateri berkapasiti 5,020mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas 33W.

Lain-lain spesfikasi Redmi Note 10 adalah dual-speaker, Z-axis linear motor, panel belakang gelas 3D Curved, sensor capjari sisi dan lapisan Corning Gorilla Glass 5 dibahagian hadapan.

Siri Xiaomi Redmi Note 10 kini rasmi - skrin AMOLED 120Hz, Kamera 108MP pada harga dari RM 649 24

Berikut adalah harga penjualan Redmi Note 10 Pro :

Redmi Note 10 Pro 6/128GB – RM 999

Redmi Note 10 Pro 8/128GB – RM 1,099

Redmi Note 10 Pro versi 6/128GB akan ditawarkan secara eksklusif di Lazada dari 15 hingga 22 Mac manakala Redmi Note 10 Pro versi 8/128GB akan mula ditawarkan di Lazada dan Stor Mi mulai 15 Mac.

Siri Xiaomi Redmi Note 10 kini rasmi - skrin AMOLED 120Hz, Kamera 108MP pada harga dari RM 649 25

Xiaomi Redmi Note 10 & Redmi Note 10S

Xiaomi Redmi Note 10 dan Redmi Note 10S hadir dengan banyak persamaan iaitu reka bentuk yang sama, skrin paparan FHD+ AMOLED DotDisplay berukuran 6.43-inci, bateri 5,000mAh dengan 33W Fast Charging, Dual-speaker dan pensijilan IP53.

Selain itu, Redmi Note 10 dan Redmi Note 10S juga menampilkan kamera ultrawide 118°, sensor telemakro 5MP dan sensor depth 2MP (Sensor utama Redmi Note 10 adalah 48MP manakala sensor utama Redmi Note 10S adalah 64MP).

Siri Xiaomi Redmi Note 10 kini rasmi - skrin AMOLED 120Hz, Kamera 108MP pada harga dari RM 649 26

Xiaomi Redmi Note 10 dan Redmi Note 10S hadir dengan pemproses yang berbeza dimana Redmi Note 10 hadir dengan pemproses Snapdragon 678 yang dipadankan dengan 4GB RAM manakala storan dalaman adalah antara 64/128GB jenis UFS 2.2 WriteBooster.

Siri Xiaomi Redmi Note 10 kini rasmi - skrin AMOLED 120Hz, Kamera 108MP pada harga dari RM 649 27

Redmi Note 10S pula hadir dengan pemproses MediaTek Helio G95 yang dipadankan dengan 6 atau 8GB RAM manakala storan dalaman adalah 64/128GB jenis UFS 2.2 WriteBooster.

Berikut adalah harga bagi Xiaomi Redmi Note 10 dan Redmi Note 10S :

Redmi Note 10 4/64GB – RM 699

Redmi Note 10 4/128GB – RM 799

Siri Xiaomi Redmi Note 10 kini rasmi - skrin AMOLED 120Hz, Kamera 108MP pada harga dari RM 649 28

Selain itu, pada 8 dan 9 Mac ini, Xiaomi akan menawarkan Redmi Note 10 4/64GB pada harga RM 649 sahaja.

Redmi Note 10S 6/64GB – $229 (RM 927)

Redmi Note 10S 6/128GB – $249 (RM 1,008)

Redmi Note 10S 8/128GB – $279 (RM 1,129)

*Redmi Note 10S akan memasuki pasaran pada bulan April

Siri Xiaomi Redmi Note 10 kini rasmi - skrin AMOLED 120Hz, Kamera 108MP pada harga dari RM 649 29

Xiaomi Redmi Note 10 5G

Xiaomi Redmi Note 10 5G hadir dengan skrin paparan 90Hz DotDisplay berukuran 6.5-inci, pemproses MediaTek Dimensity 700, 4GB RAM dan storan dalaman 64 atau 128GB jenis UFS 2.2.

Xiaomi Redmi Note 10 5G juga hadir dengan sensor utama 48MP, sensor telemakro 5MP dan sensor depth 2MP.

Selain itu, Redmi Note 10 5G juga akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W dan sokongan dwi-SIM 5G.

Siri Xiaomi Redmi Note 10 kini rasmi - skrin AMOLED 120Hz, Kamera 108MP pada harga dari RM 649 30

Xiaomi Redmi Note 10 5G akan memasuki pasaran pada bulan April dengan harga penjualan seperti berikut :

Xiaomi Redmi Note 10 5G 4/64GB – $199 (RM 806)

Xiaomi Redmi Note 10 5G 4/128GB – $229 (RM 927)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.