Disney+ Hotstar tiba di Malaysia 1 Jun ini – hanya RM 5 sebulan bagi pelanggan ‘Movies Pack’ Astro
The Walt Disney Company telah mengumumkan bahwa perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar, akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun 2021.
Disney+ Hotstar adalah destinasi penstriman untuk kandungan global dan Malaysia yang mempunyai kandungan yang meluas iaitu 800 filem dan 18,000 kandungan episod Disney yang menakjubkan .
Ia menyatukan filem-filem pecah panggung Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah dari Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi, yang juga merangkumi tayangan perdana eksklusif dan tayangan pecah panggung dari studio terkemuka di Malaysia.
Disney+ Hotstar menawarkan kandungan bebas komersil dengan pelbagai filem asli panjang, siri aksi langsung dan animasi, kandungan format pendek dan dokumentari, termasuk siri seperti The Mandalorian, WandaVision dan The Falcon and The Winter Soldier dan filem-filem seperti Avengers: Endgame, Aladdin dan Frozen 2.
Disney+ Hotstar juga akan menampilkan kandungan penerbitan pawagam Malaysia yang memenangi anugerah, dan kandungan hebat tempatan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu, Ejen Ali, Upin & Ipin dan banyak lagi.
Kadar langganan perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar ini adalah RM 54.90 bagi 3 bulan dan hanya pilihan ini ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.
Selain itu, Astro juga telah dilantik sebagai pengedar rasmi dan boleh strim di Disney+ Hotstar hanya dengan tambahan RM5 sebulan, sementara pelanggan selain ‘Movies Pack’ juga dapat menikmati Disney+ Hotstar melalui ‘bundle’ nilai menarik yang lain namun harga bagi bundle ini belum diumumkan.
Mulai 4 Mei, pelanggan boleh mula mendaftar untuk mendapatkan ‘Movies Pack’ yang disertakan dengan Disney+ Hotstar pada 1 Jun melalui WhatsApp +603-95433838, Saluran 200, astro.com.my/Disney, dan juga menerusi pengedar dan pembekal yang sah.