Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A52 5G kini di Malaysia pada harga RM 1,899

Susulan daripada penawaran Galaxy A32 5G ke pasaran Malaysia, Samsung kini telah mengumumkan bahawa Galaxy A52 5G juga kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,899.


Terus kepada spesfikasi, Samsung Galaxy A52 5G hadir dengan skrin paparan
Super AMOLED Infinity-O 120Hz berukuran 6.5-inci 

Panel ini skrin menawarkan resolusi FHD+ (1080 x 2400) yang juga menempatkan sensor selfie 32MP dan dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Beralih kepada pemproses, Samsung Galaxy A52 5G hadir dengan cip Qualcomm Snapdragon 750G  dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman (sokongan kad microSD sehingga 1TB).

Terus kepada kamera, Samsung Galaxy A52 5G hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 12MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 5MP.

Selain itu, Samsung Galaxy A52 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 25W.

Lain-lain spesifikasi Galaxy A52 5G  adalah pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, sensor capjari dalam skrin, OneUI 3.1 dengan Android 11 dan NFC.

Samsung Galaxy A5G ini akan ditawarkan didalam warna Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White pada harga RM 1,899.

Beli Samsung Galaxy A52 5G di SINI

Sebagai perbandingan Galaxy A52 4G ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja.

ULASAN : Samsung Galaxy A52 – Peranti Midrange mampu milik dengan beberapa ciri flaghsip idaman ramai

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.