Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy A52 – Peranti Midrange mampu milik dengan beberapa ciri flaghsip idaman ramai

ULASAN : Samsung Galaxy A52 - Peranti Midrange mampu milik dengan beberapa ciri flaghsip idaman ramai 27

Pengenalan

Pelancaran siri Galaxy A pada tahun ini dilihat kini sudah setaraf siri flagship dan kepentingan siri telefon pintar midrange ini kepada Samsung kini sudah tidak dapat dinafikan lagi.

Siri Samsung Galaxy A kini mewakili sejumlah besar penjualan telefon pintar Samsung sekaligus mengekalkan kedudukan No.1 pasaran telefon pintar global.

Kejayaan yang dicapai siri Samsung Galaxy A kini tidak lagi boleh dipandang remeh dan strategi Samsung untuk menawarkan spesifikasi ‘hampir’ kepada flagship pada harga yang berpatutan ternyata telah memberikan kesan yang positif kepada penjualan telefon pintar dibawah siri ini.

Selepas selesai melancarkan siri Galaxy S21, Samsung telah mengalihkan perhatian kepada pelancaran Samsung Galaxy Awesome Unpacked yang menyaksikan syarikat ini telah memperkenalkan Galaxy A52 dan Galaxy A72.

Samsung Galaxy A52 adalah model yang telah kami peroleh dari Samsung ianya kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,499.

Saban tahun, harga siri Galaxy A dilihat semakin meningkat namun ianya ditebus dengan penawaran telefon pintar yang hadir dengan spesifikasi kompetitif yang kebiasaanya hanya ditawarkan pada telefon pintar flaghsip.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A52 – kini di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja

Mampukah Samsung Galaxy A52 mengulangi kejayaan telefon pintar siri Galaxy A sebelum ini?, baca ulasan kami dan ketahui lebih lanjut.

ULASAN : Samsung Galaxy A52 - Peranti Midrange mampu milik dengan beberapa ciri flaghsip idaman ramai 28

Reka Bentuk

Bahasa reka bentuk telefon pintar Samsung pada tahun 2021 ini dilihat lebih unik berbanding pengeluar lain dipasaran.

Samsung cuba untuk menerapkan penampilan yang lebih premium pada Galaxy A52 dan pada pendapat kami, syarikat gergasi Korea berjaya memberikan kemasan visual yang pasti diminati golongan muda terutamanya.

ULASAN : Samsung Galaxy A52 - Peranti Midrange mampu milik dengan beberapa ciri flaghsip idaman ramai 29

Panel belakang Samsung Galaxy A52 hadir dengan kemasan yang lebih lembut dan kemasan matte juga memberikan telefon pintar ini satu penampilan yang sentiasa kemas tanpa sebarang capjari.

ULASAN : Samsung Galaxy A52 - Peranti Midrange mampu milik dengan beberapa ciri flaghsip idaman ramai 30

Samsung Galaxy A52 ini juga hadir didalam beberapa warna iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Violet dan Awesome Blue iaitu seperti unit reviu kami.

Panel belakang Samsung Galaxy A52 ini adalah diperbuat daripada plastik yang lembut dan pasti ramai yang keliru samada ianya plastik ataupun tidak.

ULASAN : Samsung Galaxy A52 - Peranti Midrange mampu milik dengan beberapa ciri flaghsip idaman ramai 31

Beralih kepada bahagian sisi, Samsung memilih untuk menggunakan rangka yang berasaskan plastik namun dengan kemasan seperti digilap dan telefon pintar ini juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP67 yang pertama kali ditawarkan pada siri Galaxy A.

Selain itu, pada bahagian sisi kanan, terdapat butang kuasa kelantangan suara yang sangat responsif dan satu nota penting untuk anda, untuk menutup atau restart peranti, anda harus menekan butang kuasa dan ‘volume’ down. Bahagian sisi kiri tidak mempunyai sebarang butang atau slot untuk kami perkatakan.

ULASAN : Samsung Galaxy A52 - Peranti Midrange mampu milik dengan beberapa ciri flaghsip idaman ramai 32

Pada bahagian bawah pula, Galaxy A52 menampilkan bicu audio 3.5mm yang masih relevan, slot USB-C dan pembesar suara yang mana ianya tampil dengan sistem bunyi stereo.

Beralih kepada bahagian atas, ianya menempatkan slot SIM yang menyokong dua Nano SIM atau satu SIM dan satu kad microSD yang memberikan anda tambahan storan sehingga 1TB.

ULASAN : Samsung Galaxy A52 - Peranti Midrange mampu milik dengan beberapa ciri flaghsip idaman ramai 33

Bercakap mengenai panel hadapan yang merupakan skrin paparan 90Hz OLED yang turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Kami akan memperkatakan lebih lanjut mengenai skrin paparan Galaxy A52 di bahagian seterusnya.

Menutup bahagian reka bentuk Galaxy A52 ini dengan ukuran dimensi telefon pintar ini yang kompak iaitu 159.9 x 75.1 x 8.4 mm dengan berat 189gram.

ULASAN : Samsung Galaxy A52 - Peranti Midrange mampu milik dengan beberapa ciri flaghsip idaman ramai 34

Skrin Paparan

Kesemua ahli keluarga Samsung Galaxy A tampil dengan skrin paparan yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini dan Galaxy A52 juga tidak terkecuali.

Buat pertama kali, panel skrin dengan kadar segar semula yang melebih paras industri kini digunakan pada siri midrange Samsung.

Samsung Galaxy A52 kini menampilkan skrin paparan berukuran 6.5-inci yang mempunyai kadar segar semula 90Hz dan lebih penting ianya menggunakan panel AMOLED yang menawarkan anda resolusi FHD+ dengan kepatan piksel 405ppi.

Pengguna panel 90Hz pada Galaxy A52 adalah sesuatu yang baik kerana ianya menggunakan panel AMOLED dan bukanya panel LCD yang ditawarkan pada kebanyakkan telefon pintar midrange.

Panel skrin 90Hz Samsung Galaxy A52 ini juga lebih cerah iaitu dengan kecerahan maksima 800nits yang memastikan penggunaan peranti dibawah cahaya matahari yang terang tidak begitu mendatangkan masalah.

ULASAN : Samsung Galaxy A52 - Peranti Midrange mampu milik dengan beberapa ciri flaghsip idaman ramai 35

Selain itu, bagi yang sanggup mengorbankan kadar segar semula yang lebih tinggi untuk jangka hayat bateri yang lebih baik, Samsung juga menawarkan tetapan untuk menggunakan Galaxy A52 didalam standard yang mengekalkan segala kandungan skrin pada kandungan 60Hz atau High yang mengekalkan kandungan skrin pada kadar 90Hz sepanjang masa (bagi aplikasi yang menyokong 90Hz).

Walaubagaimanapun, Samsung masih mengekalkan ciri kadar segar semula adaptive eksklusif kepada peranti flagship setakat ini.

Dalam pada itu, tidak lupa juga bahawa Galaxy A52 tampil dengan sensor capjari dalam skrin yang dilihat mampu memberikan prestasi pembukaan peranti yang pantas namun masih belum setaraf apa yang ditawarkan pada peranti flagship Samsung yang juga telah kami uji.

ULASAN : Samsung Galaxy A52 - Peranti Midrange mampu milik dengan beberapa ciri flaghsip idaman ramai 36

Pemproses

Samsung Galaxy A52 hadir dengan cip pemprosesan midrange Qualcomm iaitu Snapdragon 720G yang amat popular pada pasaran midrange dan terbukti mampu menawarkan satu prestasi CPU dan GPU yang baik.

Selain itu, pengunaan cipset Snapdragon juga pasti disambut baik oleh kebanyakkan pengguna yang sedikit kritikal dengan cipset Exynos keluaran Samsung sendiri.

Bagi pasaran Malaysia, Samsung Galaxy A52 ditawarkan didalam satu varian sahaja iaitu 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Dalam pada itu, unit GPU yang disertakan dengan Snapdragon 720G ini adalah Adreno 618 yang boleh dikatakan sebagai ‘cukup-cukup makan’ dengan prestasi yang secara puratanya memuaskan.

Selain itu, Galaxy A52 ini juga disertakan dengan antaramuka OneUI 3.1 yang berasaskan Android 11.

Apa yang lebih menarik adalah, Samsung telah menyatakan komitmen untuk menawarkan Galaxy A52 dan Galaxy A72 sehingga 3 tahun kemaskini sistem operasi Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan.

Secara teorinya, Samsung Galaxy A52 akan menerima Android 14 sebagai sistem operasi terakhir dan komitmen ini sudah pastinya disambut baik pengguna telefon pintar Samsung.

Akhir sekali, prestasi pemproses Snapdragon 720G yang digunakan pada Galaxy A52 dilihat mencukupi untuk memberikan pengguna satu pakej telefon pintar midrange yang baik bukan pada masa ini malah untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang.

ULASAN : Samsung Galaxy A52 - Peranti Midrange mampu milik dengan beberapa ciri flaghsip idaman ramai 37

Kamera

Samsung Galaxy A52 hadir dengan tetapan quad-camera yang mana ianya bukanlah sesuatu yang baru dipasaran dan apa yang kami maksudkan adalah pasaran midrange.

Seperti kebanyakkan telefon pintar midrange dipasaran, Galaxy A52 juga hadir dengan tetapan sensor utama + sensor ultrawide + sensor depth dan sensor makro.

Walaubagaimanapun kelebihan terbesar yang dimiliki Samsung Galaxy A52 adalah sensor utama 64MP yang digunakan pada telefon pintar ini juga memiliki OIS.

Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy A51 hanya memiliki sensor 48MP dan pengunaan sensor 64MP sudah pastinya memberikan anda hasil gambar yang lebih baik.

Selain daripada sensor utama 64MP, sensor ultrawide  yang digunakan pada Galaxy A52 adalah unit 12MP manakala dua sensor lain kelihatan seperti diwarisi dari Galaxy A51 iaitu sensor depth dan sensor makro pada resolusi 5MP.

Penawaran optik pengstabilan imej (OIS) pada sensor utama memberikan sensor kamera Galaxy A52 satu kebolehan fotografi yang lebih baik dimana kekaburan akibat tangan bergoyang kini tidak lagi akan berlaku.

Aplikasi kamera Samsung Galaxy A52 adalah sama seperti pada telefon pintar Samsung yang lain namun pada model ini terdapat juga FUN MODE yang memberikan anda akses kepada AR Filters hasil kerjasama dengan Snapchat dan ianya juga boleh digunakan untuk mengambil video.

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan FUN Mode anda mesti mempunyai sambungan internet yang berterusan.

Selain itu, mod 64MP yang ditawarkan pada Galaxy A52 juga dilihat mampu memberikan anda hasil gambar yang lebih berkualiti tanpa sebarang kekaburan.

Dalam pada itu, salah satu kekurangan Galaxy A52 adalah ketiadaan sensor telefoto yang bermaksud pengzoom pada telefon pintar ini hanya dilakukan secara digital iaitu dengan melakukan zoom pada gambar dan bukanya magnifikasi seperti yang ditawarkan sensor telefoto.

Selain itu, gambar daripada sensor ultrawide 12MP juga ternyata baik walaupun tidak setaraf sensor utama dan tahap ketelitian gambar juga sedikit kurang.

Bercakap mengenai mod malam, prestasi mod kamera ini pada Galaxy A52 adalah lebih baik berbanding apa yang kami jangka dan ianya boleh juga dikategorikan sebagai antara peranti dengan mod fotografi malam terbaik pada harga dibawah RM 1,500.

Walaubagaimanapun, pretasi mod malam pada sensor 12MP ultrawide ternyata tidak memuaskan bagi mata kami dan kami lebih gemar untuk menggunakan sensor utama untuk mod fotografi malam ini.

Kamera selfie Samsung Galaxy A52 adalah unit 32MP yang menjanjikan anda satu sensor selfie mampu memenuhi keperluan selfie samada untuk koleksi peribadi ataupun untuk dimuatnaik pada akaun media sosial anda.

Berikut adalah sampel gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy A52 :

ULASAN : Samsung Galaxy A52 - Peranti Midrange mampu milik dengan beberapa ciri flaghsip idaman ramai 50

Bateri

Walaupun Samsung Galaxy A52 adalah sebuah peranti yang kompak, ianya masih disumbat dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menawarkan pengguna jangka hayat bateri yang sangat baik dan memuaskan.

Samsung Galaxy A52 juga menyokong pengecasan pantas 25W namun didalam kotak, anda hanya dibekalkan dengan adapter 15W yang merupakan jenis USB-A ke USB-C.

Walaubagaimanapun, agak menyedihkan dan mengecewakan Samsung tidak menawarkan adapter 25W ini didalam kotak namun pada masa yang sama masih harus bersyukur kerana adapter masih disertakan dengan pembelian peranti ini.

ULASAN : Samsung Galaxy A52 - Peranti Midrange mampu milik dengan beberapa ciri flaghsip idaman ramai 51

Penutup

Samsung Galaxy A52 kini merupakan antara watak penting didalam kejayaan syarikat telefon pintar gergasi Korea ini mengekalkan kedudukan No.1 dunia didalam pasaran telefon pintar.

Sehubungan dengan itu, Samsung Galaxy A pada tahun ini kini lebih berkait rapat dengan siri flagship Galaxy S dan ini juga menyaksikan lebih banyak ciri flagship mula ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.

Ini pastinya merupakan kelebihan kepada pengguna secara umumnya kerana telefon pintar dengan spesifikasi flaghsip boleh diakses pada jangka harga yang lebih berpatutan.

Samsung Galaxy A52 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja dan anda boleh membuat pembelian di Samsung Malaysia atau melalui saluran penjualan rasmi yang lain

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.