Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple telah menjual 40.4 juta unit iPhone 5G pada suku pertama 2021


Strategy Analytics telah menerbitkan laporan terbaru berkaitan penjualan telefon pintar 5G global dan peranti dengan sokongan generasi masa hadapan ini kini semakin membanjiri pasaran.

Menurut laporan ini, pada suku pertama 2021 (Janari hingga Mac) telah menyaksikan sebanyak 133.9 juta unit telefon pintar 5G telah berjaya dijual iaitu peningkatan sebanyak 458% berbanding 24 juta unit pada suku yang sama tahun lalu.

Apple dilaporkan telah berjaya menjual 40.4 juta unit iPhone 5G yang mana syarikat ini meletakkanya sebagai peningkatan sebanyak 100% kerana hanya generasi iPhone yang terbaru menawarkan sokongan 5G.

Walaubagaimanapun, Apple kini telah mendahulu pasaran telefon pintar 5G kerana siri iPhone 12 adalah amat popular dipasaran utama dunia seperti di China, Eropah dan Amerika Syarikat khususnya kerana spesifikasi yang baik dan harga yang kompetitif.

Selain Apple, Oppo juga telah menyaksikan peningkatan jualan yang tinggi dengan 21.5 juta unit telefon pintar 5G terjual diikuti Oppo ditempat ketiga dengan 19.4 juta unit.

Dalam pada itu, Samsung berada di tempat keempat dengan 17 juta unit telefon pintar 5G terjual pada suku pertama 2021 manakala Xiaomi mengekori rapat di tempat kelima dengan 16.6 juta unit.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.