Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A74 5G akan dilancarkan di Malaysia minggu ini – Skrin 90Hz dan cip 5G Snapdragon

OPPO A74 5G akan dilancarkan di Malaysia minggu ini - Skrin 90Hz dan cip 5G Snapdragon 1

OPPO A74 5G akan dilancarkan di Malaysia minggu ini - Skrin 90Hz dan cip 5G Snapdragon 2
OPPO Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Oppo A72 5G akan dilancarkan di Malaysia minggu ini.

Pelancaran OPPO A72 5G ini menyusul selepas Oppo Reno5f pada harga RM 1,199 baru-baru ini.

Oppo Reno5f kini di Malaysia pada harga RM 1,199 sahaja

Menyentuh sedikit mengenai OPPO A72 5G, ianya telah disahkan akan hadir dengan skrin paparan 90Hz Hyper-color, pemproses 5G Qualcomm Snapdragon dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Selain daripada itu, gambar poster OPPO A72 5G juga mendedahkan ianya akan tampil dengan tetapan quad-kamera 48MP dan sensor capjari di bahagian sisi.

Nantikan maklumat lanjut mengenai pelancaran dan harga OPPO A72 5G di Facebook OPPO  Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.