Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Gaming Phone akan hadir dengan skrin paparan E4 AMOLED 144Hz & Dimensity 1200 Pada Harga Serendah RM 1,264

Redmi Gaming Phone akan hadir dengan skrin paparan E4 AMOLED 144Hz & Dimensity 1200 Pada Harga Serendah RM 1,264 3
Kami sebelum ini pernah melaporkan bahawa Redmi bakal melancarkan telefon pintar gaming mereka seawal bulan ini dam kini terdapat laporan bahawa ianya akan menggunakan panel skrin Samsung E4 AMOLED yang mempunyai kadar segar semula 144Hz.

Selain daripada itu, telefon pintar gaming Redmi ini juga akan hadir dengan cip pemproses Dimensity 1200 daripada MediaTek.

Beralih kepada bateri dan teknologi pengecasan,

telefon pintar gaming pertama Redmi ini akan mempunyai bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 67W.

Akhir sekali, telefon pintar ini dijangka akan mempunyai harga permulaan dari CNY 1,999 atau sekitar RM 1,264 sahaja namun telefon pintar ini juga akan dijual pada harga yang kompetitif di pasaran antarabangsa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.