Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony keluarkan 2 video teaser sempena pelancaran Sony Xperia 2021 minggu hadapan


Sony bakal melancarkan telefon Xperia baru pada 14 April ini telah mula mengeluarkan beberapa video penggoda.

Kedua-dua video ini menunjukkan kepakaran syarikat ini dalam bidang kamera dan audio – seperti yang digambarkan oleh Sony, ia adalah “syarikat hiburan kreatif dengan asas teknologi yang kukuh”.

Video pertama mengesahkan bahawa model Mark III akan dilancarkan , namun kita tidak menyaksikan kelibat Sony Xperia 1 III atau Xperia 10 III, yang dijangka akan menjadi tumpuan majlis pelancaran minggu hadapan.

Sudah tentu, reka bentuknya tidak terlalu baru, kita telah melihatnya dalam rendering dan kelihatannya hampir sama.

Video kedua pula menawarkan pandangan sekilas telefon pintar ini khususnya modul tri-kamera dan terdapat juga petunjuk bahawa salah daripada sensor yang digunakan adalah jenis persikop.

Video ini juga menampilkan Xperia 1 II dan Xperia Pro

Tonton dua video teaser Sony ini dibawah :

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.