Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stok Pra-tempahan Xiaomi Mi 11 Ultra di Malaysia habis didalam masa beberapa jam sahaja


Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa Mi 11 Ultra yang telah dibuka untuk pra-tempahan bermula hari ini telah habis didalam masa beberapa jam selepas penjualan bermula.

Xiaomi Mi 11 Ultra merupakan model paling premium didalam siri flagship keluaran syarikat ini dan ianya menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan sensor 50MP GN1 yang merupakan sensor kamera terbesar pernah digunakan pada telefon pintar.

Selain itu, Xiaomi Mi 11 Ultra juga telah menduduki tangga pertama ujian kamera DxOMark yang mengiktiraf nya sebagai telefon pintar dengan teknologi kamera terbaik dipasaran.

Xiaomi Mi 11 Ultra ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,199 namun ini tidak menghalang peminat untuk membeli telefon pintar yang unik ini.

Walaubagaimanapun, Xiaomi Malaysia tidak mendedahkan jumlah unit Mi 11 Ultra yang telah habis dijual pada pra-tempahan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.