Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG umum tiga kemaskini OS Android bagi telefon pintar premium keluaranya

 


Pada permulaan minggu ini, LG telah mengumumkan bahawa syarikat ini akan keluar dari perniagaan telefon pintar.

Walaubagaimanapun, LG secara rasminya telah mengesahkan semua telefon pintar premium yang dilancarkan selepas 2019 akan menerima 3 kemaksini OS Android.

Selain itu, LG secara spesifik juga telah mengatakan bahawa LG G series, V series, Velvet Series dan Wing akan menerima kemaskini sehingga Android 13 kerana ianya dilancarkan dengan Android 10.

Model yang akan menerima kemaskini OS sehingga Android 13 adalah siri LG G8, LG V50, LG V60, tiga model LG Velvets dan LG Wing.

Selain itu, LG Stylo 6 dan LG-K Series akan menerima 2 kemaskini OS iaitu sehingga Android 12 memandangkan telefon pintar ini dilancarkan pada tahun 2020.

Ini dilihat sebagai tanda penghargaan kepada pengguna LG yang telah menyokong telefon pintar syarikat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.