HUAWEI dinobatkan sebagai jenama ‘Wearables’ terlaris di Shopee 4.4 Mega Sales Day
Pada penjualan Shopee 4.4. Mega Sales Day yang berakhir baru-baru ini, peranti Wearable HUAWEI telah dinobatkan sebagai jenama paling laris dibawah kategori wearables dan pencapaian ini telah dipacu oleh HUAWEI Band 6 yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.
HUAWEI Band 6 merupakan sebuah jam kecergasan yang mempunyai reka bentuk sama seperti HUAWEI Watch Fit namun pada harga RM 219 sahaja.
Selain itu, HUAWEI Band 6 merupakan Smart Band pertama syarikat ini untuk hadir dengan skrin paparan FullView AMOLED berukuran 1.47-inci (194×368) untuk operasi peranti yang lebih mudah.
Dalam pada itu, HUAWEI Band 6 juga menampilkan jangka hayat bateri sehingga 14 hari manakala penggunaan secara agresif menjanjikan sehingga 10 hari dan 5 minit pengecasan menjanjikan anda sehingga dua hari pengunaan.
Bercakap mengenai aspek kesihatan dan kecergasan yang dimiliki HUAWEI Band 6, ianya mampu merekod kadar degupan jantung dan SpO2 24/7 dengan algoritma HUAWEI TruSeen™ 4.0 yang lebih cekap tenaga selain 96 kod kecergasan yang memastikan ada sahaja aktiviti kecergasan kegemaran anda.
Akhir sekali, HUAWEI Band 6 menampilan reka bentuk yang premium dan lembut berasaskan silikon yang mesra kulit dan berat hanya 18 gram.
Jika anda masih belum mendaptkan HUAWEI Band 6 , ianya kini ditawarkan di HUAWEI Store Online dan Shopee HUAWEI Official Store
Nantikan ulasan HUAWEI Band 6 kami tidak lama lagi