Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 11 Lite akan ditawarkan di Malaysia 6 April ini pada harga RM 1,199 – percuma Lifestyle gift set bernilai RM 517

Xiaomi Mi 11 Lite akan ditawarkan di Malaysia 6 April ini pada harga RM 1,199 - percuma Lifestyle gift set bernilai RM 517 7

Selepas pelancaran beberapa model baharu Siri Xiaomi Mi 11 beberapa hari lalu, Xiaomi Malaysia juga telah mengesahkan bahawa Mi 11 Lite akan mula ditawarkan di Malaysia pada 6 April ini pada harga RM 1,199 sahaja.


B Xiaomi Mi 11 Lite hadir dengan reka bentuk yang lebih kompak dengan berat hanya 159 gram dan ketebalan 6.81mm.

Xiaomi Mi 11 Lite akan ditawarkan didalam dua varian iaitu varian 4G dan varian 5G yang mana ianya hanya dibezakan dengan cipset dan kapasiti storan dalaman yang ditawarkan dan buat masa ini hanya versi 4G akan memasuki pasaran tempatan.

Xiaomi Mi 11 Lite akan ditawarkan di Malaysia 6 April ini pada harga RM 1,199 - percuma Lifestyle gift set bernilai RM 517 8

Xiaomi Mi 11 Lite akan hadir dengan skrin paparan AMOLED DotDisplay berukuran 6.55-inci yang memiliki kadar segar semula 90Hz dan turut menyokong HDR10+. Kamera selfie 16MP juga disertakan.

Selain itu, Mi 11 Lite 4G akan hadir dengan pemproses Snapdragon 732G manakala Mi 11 Lite 5G akan hadir dengan pemproses Snapdragon 780G yang pertama kali digunakan.

Dalam pada itu, Mi 11 Lite 4G akan ditawarkan dengan 6GBRAM jenis LPDRR4X manakala storan dalaman adalah 64GB atau 128GB jenis UFS 2.2.

Bagi Mi 11 Lite 5G pula, ianya ditawarkan didalam kapasiti 6/128GB atau 8/128GB yang mana jenis RAM adalah LPDRR4X dan storan dalaman jenis UFS 2.2

Beralih kepada bateri, Xiaomi Mi 11 Lite ini tampil dengan bateri berkapasiti 4,250mAh dengan pengecasan 33W.

Xiaomi Mi 11 Lite akan ditawarkan di Malaysia 6 April ini pada harga RM 1,199 - percuma Lifestyle gift set bernilai RM 517 9

Xiaomi Mi 11 Lite 4G akan hadir didalam tiga warna iaitu Boba Black, Peach Pink dan Bubblegum Blue.

Mi 11 Lite akan ditawarkan di Malaysia mulai 6 April ini (8/128GB) pada harga RM 1,119 di Mi Authorized Store dan 500 pembeli pertama akan menerima Mi Ionic Hair Dryer (RRP: RM179), Mi True Wireless Earbud Basic 2 (RRP: RM89) dan Mi Watch Lite (RRP: RM249) secara percuma.

Xiaomi Mi 11 Lite boleh dibeli di Mi Store, wakil penjual rasmi, Lazada dan Shopee.

Xiaomi Mi Smart Band 6 kini rasmi – Skrin Fullscreen AMOLED, Bacaan SpO2 dan 30 mod kecergasan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.