Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung lanjutkan tawaran YouTube Premium percuma sehingga Mac 2022- sehingga 4 bulan percuma dengan pembelian peranti Galaxy terpilih


Samsung secara rasminya telah mengumumkan lanjutan kerjasama dengan Google untuk menawarkan aplikasi YouTube Premium secara percuma kepada pelanggan Samsung.

Dengan kerjasama ini, pelanggan Samsung kini boleh menikmati sehingga 4 bulan langganan YouTube Premium secara percuma dengan pembelian peranti Samsung Galaxy.

Bagi yang membeli siri Galaxy S21 atau lain-lain model telefon pintar atau tablet premium 2021 akan menikmati 4 bulan YouTube Premium secara percuma manakala peranti Samsung (telefon pintar dan tablet) yang dibeli dan diaktifkan pada/dari 6 Mac 2021 hingga 5 Mac 2022 akan menerima 2 bulan langganan YouTube Premium.

Ini bermaksud Samsung Galaxy A yang dilancarkan baru-baru ini di Malaysia juga akan menerima langganan YouTube Premium percuma ini.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A52 – kini di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.