Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A52 – kini di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A52 - kini di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja 17Selepas selesai melancarkan siri flagship Galaxy S21 pada bulan lalu, Samsung telah mengalihkan perhatian kepada siri Galaxy A yang saban tahun menjadi satu siri yang memainkan peranan penting didalam mengekalkan kedudukan No.1 syarikat telefon pintar terbaik global.

Tahun 2021 telah menyaksikan Samsung memberikan lebih perhatian kepada Siri Galaxy A dan sebanyak tiga model Galaxy A telah diperkenalkan pada majlis pelancaran Galaxh Awesome Unpacked yang telah berlangsung pada 17 Mac yang lalu.

Sebagai antara pasaran penting bagi Samsung, syarikat ini telah mengumumkan penawaran ketiga-tiga model Galaxy A iaitu Galaxy A32, Galaxy A52 dan Galaxy A72.

Atas ihsan Samsung Malaysia, kami telah diberikan akses awal kepada Samsung Galaxy A52 dan berikut adalah pandangan pertama kami tentang Galaxy A52 yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,499.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A52 - kini di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja 18

Skrin Paparan Setanding Peranti Flagship

Apabila kita menerima sesuatu telefon pintar, aspek pertama yang akan di lihat adalah skrin paparan dan Samsung Galaxy A52 boleh dikatakan telah menawarkan sebuah pakej skrin yang terbaik didalam kelas pertengahan tanpa sebarang kompromi dari segi jenis panel mahupun kadar segar semula.

Samsung Galaxy A52 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.5-inci yang mempunyai kadar segar semula 90Hz.

Ya, pasti bermain difikiran anda bahawa panel skrin 120Hz sudah pasti lebih baik, namun pengunaan skrin paparan Super AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz memberikan keseimbangan yang lebih baik darj pengalaman skrin dan kecekapan tenaga.

Jika anda lihat pada pasaran mid-range, tidak banyak telefon pintar yang mampu menawarkan skrin paparan Super AMOLED dan 90Hz serentak namun Samsung melalui Galaxy A52 memberikan anda pakej skrin ini.

Selain itu, skrin paparan Samsung Galaxy A52 juga menawarkan kadar kecerahan maksima 800nits dan telah menerima Eye Care Certification dari SGS.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A52 - kini di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja 19

Reka Bentuk Yang Lebih Hampir Kepada Keluarga Galaxy S21.

Jika dahulu, reka bentuk premium biasanya dikhas kepada telefon pintar flagship, kini presepsi ini sudah berubah kerana pengguna mahu sebuah telefon pintar yang mengikut gaya dan reka bentuk yang premium walaupun ianya adalah sebuah peranti midrange.

Samsung Galaxy A52 tergolong didalam kategori ini kerana reka bentuk panel belakang telefon pintar ini adalah hampir sama seperti apa yang ditawarkan oleh Samsung pada siri Galaxy S21.

Samsung Galaxy A52 menampilkan panel belakang yang hadir dengan kemasan yang matte yang bermaksud tiada sebarang capjari akan kelihatan pada telefon pintar yang memastikan penampilan yang sentiasa kemas dan premium.

Bagi pasaran Malaysia, Samsung Galaxy A52 hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Awesome Black, Awesome Violet dan Awesome Blue seperti unit reviu kami.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A52 - kini di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja 20

8GB RAM dan 256GB storan dalaman

Kami terpaksa menyakinkan diri kami sendiri bahawa Samsung Galaxy A52 adalah peranti mid-range namun kapasiti RAM dan storan dalaman telefon pintar ini membuatkan kami betul-betul sangsi.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A52 - kini di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja 21

Samsung Galaxy A52 yang bernilai RM 1,499 ini hadir dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB yang memastikan semua keperluan storan anda boleh dipenuhi tanpa perlu memikirkan storan tambahan namun jika anda seorang yang memerlukanya, Galaxy A52 juga mempunyai slot kad microSD yang menawarkan tambahan sehingga 1TB.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A52 - kini di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja 22

Sensor quad-kamera 64MP yang juga dilengkapi OIS dan tiada sensor ‘cukup syarat’.

Samsung Galaxy A52 menampilkan pengunaan 4 sensor kamera yang mana setiap sensor ini bukanya disertakan untuk meningkatkan jumlah sensor kamera.

Galaxy A52 dilengkapi sensor utama 64MP f/1.8 yang mempunyai OIS untuk pengambilan gambar yang lebih terang dan berkualiti pada setiap waktu.

Selain itu, kamera ultrawide Samsung Galaxy A52 ini adalah sensor 12MP f/2.2 manakala sensor depth dan sensor makro juga ditawarkan pada resolusi 5MP dan bukanya 2MP seperti kebanyakkan telefon pintar midrange lain dipasaran.

Selain itu, OIS pada sensor utama Galaxy A52 ini juga memastikan gambar dan video tidak kabur walaupun didalam keadaan cahaya yang gelap.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A52 - kini di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja 23

Dapatkan Galaxy A52 Sekarang pada harga RM 1,499 sahaja dan ada hadiah percuma

Samsung Galaxy A52 kini telah mula ditawarkan di Malaysia dan sempena promosi pelancaran telefon pintar terbaru siri Galaxy A ini, setiap pembelian Galaxy A52 atau Galaxy A72 akan menerima satu Clear Standing Cover yang bernilai RM 109 secara percuma.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A52 - kini di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja 24

Promosi ini sah dari 26 Mac hingga 30 April 2021.

Akhir sekali, ini adalah pandangan pertama kami tentang Samsung Galaxy A52 namun segala persoalan mengenai prestasi dan kebolehan kamera telefon pintar ini akan terjawab pada ulasan penuh kami yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Anda boleh mengikuti berita dan info terkini memgenai dunia teknologi dalam dan luar negara di www.mobilefokus.com atau melalui Facebook dan Instagram MobileFokus.

Beli Samsung Galaxy A52 di SINI

Tonton video buka kotak Samsung Galaxy A52 yang dikeluarkan oleh Samsung di bawah :

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.