Jualan Peranti Wearable dan TWS Global Meningkat 15% Pada 2020
Tahun 2020 adalah satu tempoh yang amat mencabar kepada syarikar telefon pintar, namun masih ada pertumbuhan positif yanh dicatatkan didalam sektor wearable dan peranti audio pintar.
Berdasarkan laporan terbaru dari Canalys, pasaran global telah berkembang sepanjang tahun 2020 dan Apple telah dinobatkan sebagai peneraju bagi kedua-dua kategori ini.
Permintaan pengguna yang kukuh dan pengguna yang lebih arif tentang kesihatan telah menjadi faktor kepada peningkatan penjualan, kata agensi penyelidikan ini.
Selain itu, vendor terkenal seperti Skullcandy, Fitbit, dan Sony, selain pengeluar telefon pintar seperti Apple, Samsung, dan Xiaomi turut melaporkan peningkatan penjualan, dengan peranti audio berkembang 20% kepada 432 juta unit, manakala peranti wearable meningkat 10% ke 185 juta peranti .
Selain itu, pada suku keempat tahun 2020 suku keempat setelah Xiaomi gagal menjawab permintaan tersebut, tetapi Apple berjaya menyelamatkan hari itu dengan hampir menggandakan penjualannya YoY.
Canalys menjangkakan pertumbuhan ini akan terus kukuh pada tahun 2021, namun disebabkan kerana limitasi rantaian bekalan dan kekurangan komponen, peranti audio peribadi dijangka hanya berkembang 15.6% sehingga mencapai 500 juta manakala peranti wearable pula dijangka akan meningkat 10% sehingga mencapai 204 juta unit.