Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo kini rasmi dengan cip Dimensity 1200 pada harga dari RM 1,138

realme secara rasminya telah melancarkan realme GT Neo yang hadir dengan cipset Dimensity 1200 dan reka bentuk panel belakang yang berlainan namun masih mewarisi kebanyakkan spesifikasi realme GT.

Terus kepada spesifikasi, realme GT Neo hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.43-inci dan ianya memiliki kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan skrin 360Hz


Selain itu, Dimensity 1200 pada realme GT Neo ini juga dipadankan dengan tiga kapasiti RAM iaitu 6GB,8GB dan 12GB manakala storan dalaman adalah antara 128GB atau 256GB.

Beralih kepada bahagian kamera, realme GT Neo juga menampilkan tetapan tri-kamera iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP jenis punch-hole.

Selain itu, realme GT Neo memiliki bateri 4,500mAh yang sama seperti realme GT 5G tetapi dengan sokongan pengecasan pantas 50W namun realme masih menawarkan adapter 65W didalam kotak.

realme GT Neo akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Fantasy gradient, Geek Silver, dan Hacker Black.

Selain itu, realme juga dilihat memfokuskan kepada gamers dan telefon pintar ini memiliki dua plat grafit serta satu sistem penyejukan cecair pada bahagian komponen telefon pintar ini.

Lain-lain spesifikasi realme GT Neo adalah realme UI 2.0, GT Mode, Wi-Fi 6 dan banyak lagi.

Berikut adalah harga realme GT Neo di China :

realme GT Neo 6/128GB – CNY 1,799 (RM 1,138)

realme GT Neo 8/128GB – CNY 1,899 (RM 1,201)

realme GT Neo 12/256GB – CNY 2,399 (RM 1,518)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.