Xiaomi Mi 11 Ultra kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan teknologi Kamera terbaik di Carta DxOMark
Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan tiga telefon pintar baharu didalam siri Xiaomi Mi 11 iaitu Mi 11 Ultra, Mi 11i, Mi 11 Lite (5G) dan Mi 11 Lite (4G).
Didalam artikel ini kita akan memperkatakan mengenai Xiaomi Mi 11 Ultra yang kini juga telah merampas kedudukan pertama carta kamera DxOMark dengan 143 mata.
Xiaomi Mi 11i dan Mi 11 Lite kini rasmi – Mi 11 Lite tiba di Malaysia 6 April pada harga RM 1,199
Xiaomi Mi 11 Ultra
Xiaomi Mi 11 Ultra telefon pintar flagship didalam siri flagship keluaran syarikat ini dan ianya menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan sensor 50MP GN1 yang merupakan sensor kamera terbesar pernah digunakan pada telefon pintar.
Sensor ini juga membawakan teknologi Optical Image Stabilization (OIS) , Dual Pixel Pro dan Smart ISO Pro.
Selain itu, Xiaomi Mi 11 Ultra juga memiliki sensor periskop 48MP (Sony IMX586) yang menawarkan pengzooman optik 5x selain pengzooman hibrid 10x dan sensor ini juga mempunyai OIS serta menyokong rakaman video 8K.
Sensor ketiga dan terakhir yang disertakan pada Xiaomi Mi 11 Ultra adalah satu lagi sensor 48MP iaitu sensor ultrawide 120° juga merupakan sensor Sony IMX586 yang mampu menawarkan rakaman video 4K dan fotografi makro.
Beralih kepada skrin, Xiaomi Mi 11 Ultra hadir dengan skrin paparan AMOLED E4 berukuran 6.81 yang menawarkan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz.
Panel skrin ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Victus, HDR10+, Dolby Vision dan pensijilan A+ dari Display Mate.
Beralih kepada pemproses, Xiaomi Mi 11 Ultra hadir dengan cipset Snapdragon 888, 12GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1 pada kapasiti 256GB serta teknologi penyejukan tiga fasa.
Xiaomi Mi Smart Band 6 kini rasmi – Skrin Fullscreen AMOLED, Bacaan SpO2 dan 30 mod kecergasan
Xiaomi Mi 11 Ultra juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 67W dan teknologi pengecasan pantas tanpa wayar juga pada kadar 67W.
Selain itu, Xiaomi Mi 11 Ultra juga mempunyai pembesar suara stereo Harmon Kardon, Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6E, IR Blaster, 5G pada kedua-dua SIM dan pensijilan kalir air dan habuk IP68. Kamera selfie 20MP juga disertakan pada Mi 11 Ultra
Bercakap mengenai panel belakang Xiaomi Mi 11 Ultra, ianya diperbuat daripada seramik dan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih.
Selain itu, pada panel belakang juga terdapat satu skrin paparan kecil AMOLED berukuran 1.1-ini yang mempunyai fungsi Always On dan memaparkan notifikasi serta berfungsi sebagai viewfinder ketika kamera utama digunakan untuk selfie.
Bagi pasaran antarabangsa, Xiaomi Mi 11 Ultra akan ditawarkan pada harga €1,199 (RM 5,860).
Harga penjualan di Malaysia masih belum diumumkan namun telefon pintar ini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia.