Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Band 6 akan dilancarkan di Malaysia pada 4 April ini – hanya RM 219


Huawei Malaysia secara rasminya telah mengumumkan satu lagi pelancaran produk baru iaitu HUAWEI Band 6 akan mula ditawarkan dipasaran tempatan pada harga RM 219 sahaja.

HUAWEI Band 6 merupakan sebuah jam kecergasan yang mempunyai reka bentuk sama seperti HUAWEI Watch Fit namun pada harga yang lebih berpatutan.

Selain itu, HUAWEI Band 6 merupakan Smart Band pertama syarikat ini untuk hadir dengan skrin paparan FullView AMOLED berukuran 1.47-inci (194×368) untuk operasi peranti yang lebih mudah.

Dalam pada itu, HUAWEI Band 6 juga menampilkan jangka hayat bateri sehingga 14 hari manakala penggunaan secara agresif menjanjikan sehingga 10 hari dan 5 minit pengecasan menjanjikan anda sehingga dua hari pengunaan.

Bercakap mengenai aspek kesihatan dan kecergasan yang dimiliki HUAWEI Band 6, ianya mampu merekod kadar degupan jantung dan SpO2 24/7 dengan algoritma HUAWEI TruSeen™ 4.0 yang lebih cekap tenaga selain 96 kod kecergasan yang memastikan ada sahaja aktiviti kecergasan kegemaran anda.

Akhir sekali, HUAWEI Band 6 menampilan reka bentuk yang premium dan lembut berasaskan silikon yang mesra kulit dan berat hanya 18 gram.

HUAWEI Band 6 akan mula ditawarkan pada 4 April ini  HUAWEI Store Online dan Shopee HUAWEI Official Store di mana setiap pembelian juga akan menerima baucar produk HUAWEI bernilai RM 20 untuk pembelian seterusnya.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.