Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Narzo 30A akan dilancarkan di Malaysia 30 Mac ini – bersama beberapa aksesori gaming realme

realme Narzo 30A akan dilancarkan di Malaysia 30 Mac ini - bersama beberapa aksesori gaming realme 7
realme secara rasminya telah mengesahkan telefon pintar terbaru siri Narzo iaitu Narzo 30A akan dilancarkan di Malaysia pada 30 Mac ini.

realme Narzo 30A telah dilancarkan dipasaran India bulan lalu bersama-sama Narzo 30 Pro 5G.

realme Narzo 30A akan dilancarkan di Malaysia 30 Mac ini - bersama beberapa aksesori gaming realme 8

realme Narzo 30A  hadir dengan skrin paparan mini-drop fullscreen berukuran 6.5-inci, pemproses MediaTek Helio G85, 3 atau 4GB RAM dan storan dalaman antara 32 atau 64GB.

Selain itu, realme Narzo 30A juga hadir dengan tetapan dwi-kamera iaitu sensor utama 13MP dan sensor potret B&W 2MP selain kamera selfie HD 8MP.

realme Narzo 30A juga hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang mempunyai teknologi pengecasan 18W.

realme Narzo 30A dijangka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Laser Blue dan Laser Black.

realme Narzo 30A akan dilancarkan di Malaysia 30 Mac ini - bersama beberapa aksesori gaming realme 9

Selain Narzo 30A, realme Malaysia juga telah mengesahkan bahawa beberapa aksesori gaming terbaru realme iaitu realme Mobile Game Controller, realme Cooling Back Clip dan realme Mobile Game Finger Sleeves akan turut dilancarkan pada 30 Mac ini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.