Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 4 Pro dan Black Shark 4 kini rasmi – Snapdragon 888, pengecasan pantas 120W pada harga dari RM 1,895


Black Shark secara rasminya telah melancarkan telefon pintar gaming terbaru mereka iaitu Black Shark 4 dan Black Shark 4 Pro.

Kedua-dua telefon pintar siri Black Shark 4 ini berkongsi kebanyakkan ciri-ciri kecuali cipset dan kamera.


Black Shark 4 dan Black Shark 4 Pro hadir dengan skrin paparan E4 AMOLED berukuran 6.67-inci keluaran Samsung dan ianya menyokong kadar segar semula 144Hz selain kadar pensampelan sentuhan 720Hz.

Kepada cipset pula, terdapat dua jenis cipset yang digunakan oleh Black Shark iaitu Snapdrahon 870 pada Black Shark 4 dan Snapdragon 888 pada Black Shark 4 Pro dan untuk pengurusan terma yang lebih baik, versi Pro juga disertakan dengan dua lapisan sistem penyejukan Liquid Cooling.

Lapisan pertama adalah diantara skrin dan cipset manakala komponen lain dilapisi dengan lapisan kedua. Ini membolehkan Black Shark 4 Pro 30% lebih sejuk manakala suhu CPU dikatakan 18°C lebih sejuk.

Beralih kepada bateri pula, Black Shark 4 dan Black Shark 4 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menawarkan pengecasan pantas 120W yang mana pengecasan penuh dari 0-100% boleh dilakukan didalam masa kurang dari 15 minit.

Selain itu, perbezaan antara Black Shark 4 dan Black Shark 4 Pro adalah versi Pro tampil dengan ciri Xiaomi RAMDISK yang menggunakan RAM sebagai disk storan untuk prestasi yang lebih baik pada aplikasi tertentu.

Beralih kepada kamera, Black Shark 4 Pro tampil dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP selain satu sensor 5MP (mungkin makro).

Black Shark 4 pula tampil dengan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor 5MP. Kedua-dua telefon pintar ini juga memiliki kamera selfie 20MP.

Selain itu, kedua-dua telefon pintar ini juga menampilan butang shoulder yang boleh di pra-tetap, sensor capjari dalam skrin dan butang kelantangan bunyi dibahagian sisi kiri.

Black Shark 4 Pro dan Black Shark 4 juga hadir dengan JOYUI 12.5 yang berasaskan Android 11 dan beberapa ciri tambahan yang menjadikan pengalaman gaming yang lebih imersif.

Black Shark 4 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Magic Black, plain Black, dan plain Silver

Black Shark 4 6/128 GB  – CNY2,499 (RM 1,580)

Black Shark 4 8/128 GB  – CNY2,699 (RM 1,705)

Black Shark 4  12/128 GB – CNY2,999 (RM 1,895)

Black Shark 4 12/256 GB  – CNY3,299 (RM 2,084)

Black Shark 4 Pro 8/256 GB  – CNY 3,999 (RM 2,526)

Black Shark 4 Pro 12GB/256GB  – CNY 4,499 (RM 2,842)

Black Shark 4 Pro 16GB/512GB – CNY 5,299 (RM 3,348)

Buat masa ini maklumat pelancaran bagi pasaran antarabangsa masih belum diumumkan dan harga di atas adalah untuk pasaran China.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.